B4R3N4KED PU7RA http://ccputra.blogspot.com

Jangan Lupa Tolong Klik Sini

Monday, September 27, 2010

Sweet song - Kekanda Adinda

Just wanna share these sweet song dgn blogger's semua, lagu tema siri 8 bulan di Tv3... these song a little bit kelakar and funny but sweet to hear... any way just enjoy it....

p/s: buat ayg, B dedicated these song for you... missed u already... biler nak balik...

Sunday, September 26, 2010

JADUAL yang memenatkan

Salam kepada semua bloggers sekalian... Maaf kerana agak lamer CP tidak mengupdate blog CP nie... bukan aper jadual CP teramat pack sangat pada minggu inie... siang CP sibuk dengan kerja yang melambak... selesai satu ada dua lagi nak selesaikan... abis kerja plak dah tergesa-gesa nak pergi ke kelas pulak... perghhhh memang meletihkan... then Sabtu dan ahad ader class ganti (macam hari nie) ....tapi sekarang dalam library sebab lecturer bagi assignment baru (assignment hari tu pun still belum submit... aperler...) 

yang membuat CP lebih penat dari biasa bukan aper... balik dari kelas CP selalu nyer boleh ler on-line kejap sebelum tidor tapi sekarang kena buat homework.. yelar sekarang nie minggu test dan assignment memang melambak banyak... setakat nie je ade 3 assignment dalam tangan yang nak kena submit dalam next week (sebelum 1 oktober nie) ....

takpe ler janji CP sehat dan still kompetitif dalam industri... (aper pulak kena mengena nyer kan) ... ok ler CP blah dulu sebab library pun dah announce nak tutup dalam 15 minit lagi... nnti CP update lagi entry terbaru... daaa

Tuesday, September 21, 2010

Trajedi 20 September...

Telah termaktub semalam, pada tanggal 20 September 2010 sesuatu yang dashyat telah berlaku pada diri CP... kedashyatan yang melanda amat sukar untuk digambarkan oleh mata kasar... sesuatu yang lebih dashyat dari peristiwa September 11 di Amerika.. dan lebih hebat dari tsunami yang mengemparkan suatu ketika dahulu...

dan kerana peristiwa itu CP telah melayakkan diri secara automatik tanpa sebarang prejudis dan rayuan untuk mara ke peringkat berikut nyer.... kata-kata keramat "Anda dapat" terngiang- ngiang di telinga inie...nak tahu kenapa, tengok jer gambar ket bawah nie...



HAHAHAHAHAHA.....
HAHAHAHAHAHA.....

CP dapat MC kerana perut yang memulas mulas akibat melantak sakan pada hujung minggu tadi di 3 open house.......padan muka CP, tak berhingat sebelum kena last last sendiri tanggung akibat nyer... terus tercirit malam tue jugak... tak pasal-pasal kena keluar RM30.... 

p/s: pada para bloggers semua, jgn marah ekkkk... CP saje nak buat gempak jer...hehehehe

SHUKRAN YAYASAN BUDIMAS

Petang semalam dalam duk relax kat rumah sebab MC, CP menyempatkan diri mengeledah inbox e-mail personel CP.. Al-maklum ler dah agak lamer rase nyer CP tidak membuka e-mail CP nie (padahal baru 3 minggu jer) … mak-ai sekali penuh da inbox CP, ada 47 inbox baru, huhuhu banyak giler (jenuh gak CP nak bukak satu persatu)

kebanyakkan inbox yang CP terima adalah Ucapan Raya dari kenalan rapat CP… tapi ada satu kad yang membuat CP tertarik dan menarik iaitu kad ucapan raya dari Yayasan Kebajikan BUDIMAS.. simple jer design kad nyer tapi apa yang paling bermakna adalah senyuman ikhlas bebudak tue, jelas memancar kan kegembiraan mereka…


CP terkelu sebentar bile mengenangkan bebudak nie… beraya tanpa ibu dan ayah di sisi mereka… bertuah rasenye CP sebab dapat membesar penuh dengan belaian abah dan mama CP.. walau hidup kami tak mewah tapi kami bahagia…

Atas sebab itu, CP tak pernah lupa akan terus membantu mereka… setiap bulan CP akan membuat derma kebajikan mereka melalui potongan dari akaun peribadi CP… walau jumlah nyer tak besar tapi CP harap ia sedikit sebanyak dapat membantu bebudak nie untuk hidup lebih sempurna… diam tak diam dah hampir 4 tahun CP membuat demikian… harapan CP agar mereka dapat membesar dan mampu menyumbang dalam membangun kan negara di masa hadapan…

Okie ler, dah melalut jauh pulak CP nie… kepada blogger’s lain yang berminat hendak menghulurkan bantuan kepada mereka, bagi tau kat CP biar CP tolong aturkan… lagi pun sedekah itu kan satu amal jariah… kita memberi setakat termampu kita tanpa mengharap balasan pun…

Wednesday, September 15, 2010

Slmt Hari Malaysia....

buat julung kali nyer kita akan menyambut Hari Malaysia secara rasmi di seluruh negara... Walau tiada sambutan se gah dan sehebat hari Merdeka tapi sekurang-kurang nyer hari ini telah di beri perhatian... yang paling penting adalah CUTI !!!!.... hehehe

Untuk info bloggers semua, kira tahun nie tahun ke-47 kita menyambut hari Malaysia... yelar Malaysia di bentuk secara rasmi pada tanggal 16 September 1963...hasil penyatuan Tanah Melayu, Singapore, Sabah dan Sarawak... but then after few year's Singapore mintak keluar dari Malaysia... so tinggal ler Malaysia seperti yang ada sekarang...

perghhh tetiba plak CP bercriter pasal sejarah hari nie... sungguh patriotik jugak jiwa CP nie ekk.. macam tak percaya jer banyak jugak CP tahu pasal sejarah nie kan...

Apepun SELAMAT HARI MALAYSIA CP ucapkan kepada blogger's tegar semua... ambik ler kesempatan cuti besok untuk pergi beraya ke rumah sedara mara dan sahabai handai... jangan dok membuat ayer lior kat umah tue kay... daaaa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails