B4R3N4KED PU7RA http://ccputra.blogspot.com

Jangan Lupa Tolong Klik Sini

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Thursday, December 30, 2010

Potong je lar...

Laen bebenor bunyik nyer kan...
Apelar yang nak di potong pulak kan...
hehehehe
Inie semua gara-gara kenaikkan harga minyak yang tinggi...
pemandu lori inie nekad untuk menepek notis nie kat belakang lori dia...
aper yang di tulis....
haaa korang baca la sendiri ket gambor bawah nie....

betul gak kan... pandu laju nie sebenarnye minyak cepat habes...
TQ pada tuan tanah sudi pinjamkan gambar nie..

pe poon trimas bebanyak pada Tuan Zulkarnain atas gambar nie...
best gak blog dia nie...
banyak info menarik dan mencuit hati...
lawat lah kalu senang ek, link nyer CP dh tepek kat sini dan gambar diatas....



Thursday, August 26, 2010

Bercinta Jarak Jauh...

Begitu banyak dugaan kehidupan yang CP perlu lalui sekarang... dengan jadual kehidupan CP yang terlalu padat dengan kerja dan di ikuti pula dengan kuliah, perghh memang penat rase nyer... lebih memeritkan lagi biler cinta hati, pengarang jantung CP pula jauh dirantauan orang (jauh ke setakat kat Singapore tue)...

Agak payah nak menjaga hubungan jarak jauh nie... kalu dulu mase dekat telepon ajak kuar makan jer terus on... macam bulan puase nie, kitorang belum pernah lagi berbuka puasa bersama... ohhhh CP rindu akan suasana serta kemesraan waktu itu...

Tapi itu semua dugaan dari yang maha Esa... kira cabaran dalam perhubungan kami... at least kami redha akan ketentuan-Nya... mana tahu ada hikmah kenapa ini semua terjadi...

Sebenarnya CP nak kongsi sedikit pasal tips untuk mengekalkan kehangatan cinta jarak jauh nie.. tue pun melalui pengalaman CP selama beberapa bulan nie...

1. Percaya dan jujur pada pasangan anda. Itu yang paling penting sekali.

2. Setia pada cinta mu pada dirinya.

3. Sentiasa berhubung walau melalui sms or chatting di Facebook.

4. Sentiasa beri semangat dan dorongan pada dia.

5. Sentiasa ungkap kata-kata cinta padanya... Ia untuk memberi kehangatan asmara pada nya.

6. Percaya dengan ketentuan Illahi... kalu dah jodoh tak kemana kan....

Panduan Mengelak Nafas Berbau

Mulut bau macam longkang kurang enak... Mesti korang rase tak selesa untuk bercakap secara bersemuka dengan orang lain kan... yelar takut pengsan plak orang tue tercium bau tahap cipan yang tak enak tue kan...

Tapi waktu berpuasa nie sudah pasti akan menyebabkan mulut korang berbau kerana kita tidak makan atau minum ketika waktu siang. Oleh itu terdapat beberapa panduan yang CP rase mampu untuk mengelakkan bau nafas.

* Kurangkan pengambilan makanan seperti petai, bawang putih dan bawang mentah ketika sahur.
* Selesai makan sahur, minum air putih pada jumlah yang banyak.
* Menggosok gigi dan lidah selepas makan sahur dan menjelang tidur.

* Jangan lupa Floss gigi anda setiap kali lepas bersahur.

*  Dan akhir sekali, berkumur dengan larutan khusus (antiseptik) untuk menghilangkan bau mulut.

MAKANAN SEIMBANG DI BULAN PUASA (Waktu Berbuka)...

Sorry guy's agak lamer baru CP nak update blog nie... CP teramat bz minggu nie with kerja ngan kuliah (sekarang tgh byk test and assigment)... nak lawat blog kengkawan yang lain pun belum sempat lagi... anyway thanx for all blogger's yang sudi terjah blog CP nie, nanti CP akan balas balik kunjungan anda semua... TUNGGUUU !!!!!!

Sebelum nie CP dah story-mori pasal pemakanan seimbang time bersahur, so sekarang seperti yang dijanjikan CP nak story plak pasal pemakanan semasa berbuka pulak.. nak kata CP terrer sangat tue takdela tapi CP cuma nak berkongsi info dengan bloggers lain semua...

Amalan pemakanan ketika berbuka:


* Elakkan minum air sejuk atau ais tetapi minumlah air panas atau suam bagi mengelakkan perut anda kembung terutama pesakit gastrik.

* Makan makanan manis dan berserat seperti kurma, sumber terbaik untuk menambah tenaga dan kemudian beristirehat kira-kira setengah jam sebelum mengambil hidangan berbuka untuk memberikan keseimbangan terlebih dulu pada pencernaan kita.

* Elakkan makan berlebihan dan mengambil makanan yang masam.

* Berbuka puasa hendaklah dilakukan secara bertahap dan tidak terburu-buru supaya sistem pencernaan anda tidak terkejut.

* Banyakkan pengambilan sayur, buah, dan daging tanpa lemak.

* Selepas berbuka puasa jangan terus tidur. Tubuh memerlukan waktu untuk mencerna makanan.

Tue la sedikit sebanyak yang CP sempat gali untuk info bersama. Walaupun dah lebih setengah bulan berpuasa, rase nyer tak terlambat lagi mempraktikan nyer untuk kesihatan bersama kan....

Friday, August 20, 2010

MAKANAN SEIMBANG DI BULAN PUASA

Diam tak diam, dah masuk hari ke-10 kita berpuasa. Begitu cepat masa berlalu kan... yelar CP pun Teramat sibuk dengan tugasan kerja serta kuliah... perghhh letih memang dah tak tergambar...

CP juga nak memohon maaf sebab dah lamer x mengupdate kan blog nie... kekanggan banyak sgt, faham-faham jer la...


Sebenarnyer CP nak kongsi sikit pasal makanan seimbang di bulan puasa.. bukan ape makanan seimbang dapat menghindarkan badan anda menjadi lemah..

So, nie ade a few tips ketika sahur dan berbuka puasa supaya tubuh kita tetap sihat dan segar selama sebulan.

Semasa sahur:

* Jangan lupa selalu makan makanan berkhasiat . Walaupun menu sederhana, yang penting mengandung lima unsur gizi lengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin, dan mineral.

* Banyakkan mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalamsayur dan buah. Tubuh kita memerlukan waktu lebih lama untuk mencernamakanan yang banyak mengandungi serat.

* Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyak minum air putih pada malam hari kerana kita memerlukan tenaga yang banyak pada waktu siang.

* Kurangkan makanan berlemak atau terlalu tinggi karbohidrat kerana ia akan membuatkan anda rasa mengantuk.


* Ambil lebih vitamin A, B, dan C tetapi jika anda sudah makan buah berwarna kuning atau merah, sayur berwarna hijau tua, kekacang, kurma maka anda tidak perlu khuatir kekurangan zat itu.

* Bagi penderita gastrik, makanan yang perlu dihindarkan ialah ketam,mi, daging berlemak, ikan dan daging yang diawetkan, sayuran mentah,sayuran berserat, minuman yang mengandungi soda dan perencah (cuka,lada, asam).

* Elakkan terus tidur selepas bersahur kerana tubuh memerlukan waktu untuk mencerna makanan.

Cukup rase nyer tips untuk sahur nie... nnti CP post untuk waktu berbuka pulak... TQ korang coz sudi membaca...

Friday, June 11, 2010

TipS : ShAvinG

Sebenarnyer CP tak tau nak tulis ape tuk entry kali nie...bukan ape hidung nie asyik sok sek sok sek jer, tak selesa betul rasenyer....

So CP nak kongsi tip's bercukur tuk lelaki lelaki semua.... nak kata CP nie xpert, tak la rasenyer tapi ini apa yang CP tahu.... Selamat mencuba....

1. Jgn cuci muka anda dgn sabun coz sabun nie mengeringkan kulit wajah anda. Invest sikit beli shaving krim tuk kepuasan diri..

2. Elakkan cuci muka dgn air sejuk sebelum bercukur, se-eloknyer gunakan air suam agar liang pori-pori terbuka, senang sikit proses mencukur dijalankan..

3. Sapukan gel atau balm selepas bercukur, but make sure elak product beralkohol coz ia membuat kulit kering..

4. Cuci muka dgn scrub at least 2 minggu sekali..

5. sapukan pelembab selepas bercukur [dalam 10-15 minit] , kira kira lepas anda selesai mandi la...

Ok, setakat nie dulu tip's CP...nnti CP continued lagi dlm part 2, kalu tak nnti habis idea nak tulis entry baru...hehehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails