B4R3N4KED PU7RA http://ccputra.blogspot.com

Jangan Lupa Tolong Klik Sini

Showing posts with label news. Show all posts
Showing posts with label news. Show all posts

Saturday, September 29, 2012

'Naked' di Parlimen

Salam semua, just update simple hari nie...
Seperti yg kita dgr smlm, Bajet 2013 telah dibentang oleh PM kita..
banyak yang dia telah lucutkan...
CP rasa macam dah naked, sbb satu satu dibuka...
hehehhe...bengong CP... ;P

Disini CP nak share intipati apa yg PM kita bentangkan...
Yg paling CP suka nombor 85...
bonus....

Fokus 1: Mengarang Aktiviti Pelaburan
PELAKSANAAN 12 NKEA | BUDGET 2013
1.Pelaksanaan projek permulaan (EPP) NKEA dengan peruntukan RM3 bilion:
- Penanaman semula kelapa sawit berkualiti tinggi, pengeluaran produk herba bernilai tinggi serta pengeluaran padi berskala besar;
-Pengindahan Sungai Klang (River of Life); dan
-Penggantian Rangkaian Paip dan Baik pulih Pembetungan
MENGGALAK PELABURAN DOMESTIK | BUDGET 2013
2.Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik, RM1 bilion – MIDA
3.Insentif pengambilalihan syarikat asing dan kadar cukai khas kepada penyedia perkhidmatan tempatan
MEMPERGIAT PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA | BUDGET 2013
4. Pembangunan PKS
-Skim Pembangunan PKS – RM1 Bilion (SME Bank)
- Pelan Induk PKS (2012-­?2020) – RM 30 juta bagi tahun 2013
-Dana Industri Halal – RM200 juta bagi pembiayaan modal kerja PKS yang mengusahakan pengeluaran produk halal
5. Penjaja dan peniaga kecil
-Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil (perlindungan maksimum sehingga 5,000 ringgit)
-Kemudahan pinjaman mudah kepada penjaja dan peniaga kecil (RM25,000 bagi licensee dan RM500,000 kepada licensor)
SEKTOR PELANCONGAN | BUDGET 2013
6. Merancak Sektor Pelancongan
- Program Tahun Melawat Malaysia 2013 / 2014 dengan sasaran 26.8 juta pelancong
- Pengecualian cukai pendapatan selama 3 tahun bagi pengusaha pelancongan yang
mengendalikan 750 pelancong asing atau 1,500 pelancong tempatan
HAB DAGANGAN MINYAK DAN GAS | BUDGET 2013
7. Insentif cukai bagi pelaburan dalam aktiviti penapisan produk petroleum:
-Pengecualian cukai pendapatan 100% untuk tempoh 10 tahun
-Pengecualian cukai pegangan
-Pengecualian duti setem
8. Projek pelaburan minyak dan gas:
-Petronas Refinery and Petrochemical Integrated Development (Rapid)
-Terminal minyak dan gas – Johor dan Sipitang, Sabah
- Loji Regasifikasi di Melaka
9.Insentif cukai ke atas Program Global Incentive for Trading (GIFT) sebagai menjadikan Malaysia Hab dagangan komoditi antarabangsa :
-Pengecualian cukai pendapatan 100% untuk tempoh 3 tahun pertama operasi syarikat dagangan LNG
-Memperluas dagangan komoditi di bawah program GIFT seperti pertanian, bahan mentah bertapis, logam asas dan kimia.
PENEKANAN KEPADA SEKTOR PERTANIAN | BUDGET 2013
10. Mencergas sektor pertanian & perladangan
-Pembangunan program pertanian melalui aplikasi teknologi terkini – RM 30 juta
-Meningkatkan pengeluaran produk makanan dan kesihatan – RM75 juta
- Program penanaman semula pokok kelapa sawit – RM432 juta
- Pembangunan bahan terbitan oleo bernilai tinggi – RM127 juta
- Memperkasa Projek Azam Tani – RM 41 juta (manfaat hampir 6,700 peserta)
11. Menambah 4 kawasan jelapang padi baru – keluasan 19 ribu hektar
-Kota Belud, Batang Lupar, Rompin & Pekan
- Jangkaan menghasilkan 104 ribu tan metrik & penyertaan 12,237 pesawah
INSENTIF UNTUK NELAYAN | BUDGET 2013
12. Elaun bantuan sara hidup RM 200 sebulan – manfaat 55 ribu nelayan
13. Insentif 10 hingga 20 sen sekilo bagi hasil tangkapan ikan
14. Skim perlindungan insurans nelayan – perlindungan hingga RM100,000
MENINGKAT AKTIVITI PERTANIAN | BUDGET 2013
15. Penerusan subsidi dan insentif pertanian – RM2.4 bilion
- Pemberian Subsidi Harga Padi -­? 480 juta ringgit
- Pemberian Subsidi Baja Padi -­? 465 juta ringgit
- Insentif Peningkatan Hasil Padi -­? 80 juta ringgit
- Insentif Pengeluaran Padi -­? 563 juta ringgit
- Subsidi Harga Beras -­? 528 juta ringgit
- Subsidi Benih Padi Sah -­? 85 juta ringgit
16. Skim Perlindungan Takaful Pertanian
- Jumlah pampasan sehingga RM13,000
- Manfaat kepada 172 ribu pesawah
MENCERGASKAN PASARAN MODAL DAN KEWANGAN | BUDGET 2013
17. Pasaran Modal
- Menerajui terbitan sukuk – RM171 bil. @ 71% drpd jumlah terbitan sukuk global
-Terbitan sukuk tunggal terbesar dunia dengan nilaian RM30.6 bil. – PLUS Berhad
-Penubuhan Pusat Promosi Pasaran Modal di Suruhanjaya Sekuriti
-Program Graduate Representative – melatih 1,000 graduan dalam pasaran modal
18. Tawaran Awam Awal (IPO)
-Terbitan dua daripada tiga IPO terbesar di dunia – FELDA Global Ventures Holdings (RM9.9 bilion) dan IHH Healthcare Berhad (RM6.3 bilion)
19. Pasaran Bon dan Sukuk
- Rangka kerja terbitan bon dan sukuk runcit – Suruhanjaya Sekuriti
- Pegangan bon dan sukuk runcit oleh individu
- Potongan cukai dua kali bagi menerbitkan bon dan sukuk runcit
- Pengecualian duti setem ke atas surat cara dalam urus niaga bon dan sukuk runcit
- Potongan cukai dua kali bagi tempoh 4 tahun bagi terbitan AgroSukuk
MENGGALAKKAN AMANAH PERNIAGAAN | BUDGET 2013
20. Pengendalian perniagaan melalui Amanah Perniagaan
-Layanan cukai sama seperti syarikat
-Pengecualian duti setem dan cukai keuntungan harta tanah
21. Tambahan peruntukan modal Danajamin -­? RM400 juta; 2 tahun
-Merancak penerbitan bon dan sukuk oleh syarikat
22. Penubuhan Yayasan Pasaran Modal -­? RM 100 juta
- Pembangunan modal insan bagi industri sekuriti
23. Tun Razak Exchange (TRX)
- TRX dijangka menarik 250 syarikat perkhidmatan kewangan antarabangsa dan menawakan 40 ribu peluang pekerjaan
- Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange (TRX)
- Pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee
- Pengecualian cukai bagi pemaju hartanah
24. Pembangunan Wakaf Korporat
-Merangka Pelan Induk Wakaf Korporat – JAWHAR bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri
PEMBANGUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA | BUDGET 2013
25. Projek MRT -­? sebanyak RM9 bilion atau 43% daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera
26. Penyediaan Dana Pembiayaan Bumiputera, SME Bank -­? RM 1 bilion
27. Galakan insentif bagi syarikat Bumiputera di bawah Skim Jaminan Modal Kerja (SJMK)
-Melanjutkan tempoh kemudahan Skim sehingga 31 Disember 2013
-Memperluas kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS)
-Meningkatkan kelayakan pemegang syarikat sehingga RM20 juta
28. Pembiayaan TEKUN bagi usahawan kecil & sederhana
-Peruntukan 2013: RM350 juta , termasuk RM50 juta bagi Skim Usahawan Masyarakat India
Fokus 2: Memperkasa Pendidikan & Latihan
MEMPERKASA PENDIDIKAN DAN LATIHAN | BUDGET 2013
29. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013 -­? 2025
- Peruntukan sektor pendidikan -­? RM38.7 bil. @ 15% dari keseluruhan peruntukan
- Peningkatan kemahiran guru (subjek: Bahasa Kebangsaan, BI, Matematik & Sains)
- Mewujudkan Unit Pelaksanaan Pendidikan (EDU)
30. Pembangunan Sektor Pendidikan
-Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan & Penyelenggaraan Sekolah(RM1 Bilion)
31. Memperkukuh Peranan Taska Dan Prasekolah
-Pendidikan prasekolah di bawah KEMAS, KPM, PERMATA & JPNIN – RM1.2 bilion
- Geran pelancaran (RM10,000) kepada penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak?kanak swasta
- Potongan cukai dua kali ke atas majikan yang menyediakan elaun atau subsidi kepada pekerja dan perbelanjaan penyelenggaraan kemudahan Taska dan pusat jagaan kanak?kanak
- Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 5 tahun dan elaun bangunan industri pada kadar 10 % setahun diberi kepada pengusaha Taska, pusat jagaan kanak?kanak dan prasekolah swasta
32. Projek perintis bagi melaksanakan TASKA OKU – 6 kategori OKU
-OKU down syndrome, autisme, OKU penglihatan, OKU pekak dan bisu, OKU fizikal dan OKU masalah pembelajaran
LATIHAN & KEMAHIRAN | BUDGET 2013
33. Peruntukan dalam latihan teknikal dan vokasional – RM3.7 bilion
- Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran – RM440 juta
- Peralatan ILP & IKBN – RM366 juta
- Program latihan berstrategik tinggi – melatih 5,000 orang
- Program RAPID di Pengerang – melatih 300 belia dalam bidang minyak & gas
- Program latihan kemahiran dibawah ILP & skim SLDN -­? melatih 3,200 pelajar India
34. Penubuhan Graduate Employability Taskforce (GET) – memperkukuh kebolehpasaran graduan & bidang kerjaya
35. Skim Latihan 1M’sia – potongan cukai 2 kali ke atas perbelanjaan syarikat
36. Pemeriksaan percuma sebanyak 2 kali kepada 1.4 juta ahli PERKESO
Fokus 3: Membudaya Inovasi, Meningkat Produktiviti
MEMPERGIAT PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA | BUDGET 2013
37. Pembangunan PKS
-Harta intelek dijadikan cagaran untuk peroleh pembiayaan
-Penyediaan Dana Pembiayaan Harta Intelek -­? RM200 juta (Kerajaan menanggung 2% kadar faedah dan CGC menjamin 50%)
-Program latihan penilai harta intelek – RM19 juta
MEMPERGIAT AKTIVITI R&D | BUDGET 2013
38. Peruntukan R&D kepada 5 Universiti Penyelidikan – RM600 juta
- Menjalankan penyelidikan berimpak tinggi
- Bidang strategik: nano teknologi, automatif, bio-teknologi & aero-angkasa
39. Insentif cukai kepada syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti R&D
-Potongan cukai bersamaan jumlah pelaburan
-Pengecualian cukai 100% ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun
-Potongan cukai bersamaan jumlah pelaburan oleh pelabur pemangkin dalam syarikat teroka dibenarkan ditolak daripada semua jenis pendapatan
40. Mengarusperdanakan program kreativiti dan inovasi
-Program Inovasi Inklusif – kerjasama agensi Kerajaan & NGO
PEMBANGUNAN TEKNOLOGI HIJAU | BUDGET 2013
41. Menambahbaik Skim Pembiayaan Teknologi Hijau
-Tambahan peruntukan bagi SPTH RM2 bilion
-Pelanjutan tempoh permohonan sehingga 31 Disember 2015
Fokus 4: Konsolidasi Fiskal dan Mempercekap Penyampaian Perkhidmatan Awam
PENGUKUHAN KONSOLIDASI FISKAL | BUDGET 2013
42. Memastikan defisit fiskal terus berkurangan dan mencapai bajet berimbang – 3% menjelang 2015
43. Memperkukuh sistem percukaian negara
-Peralihan daripada sistem cukai berasaskan pendapatan kepada sistem cukai yang lebih menyeluruh serta saksama
44. Perolehan Kerajaan dan pembelian berdasarkan prinsip value for money
MENGUKUH PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM | BUDGET 2013
45. Meningkat kecekapan Perkhidmatan Awam
-Penekanan kepada amalan kerja secara cepat, tepat dan berintegriti
-Perkhidmatan yang lebih efisyen, efektif dan responsif
46. Pesara Kerajaan
-Menyelaras mininum pencen yang berkhidmat sekurang­kurangnya 25 tahun: daripada RM720 kepada RM820
-Manfaat kepada 50,371 pesara (termasuk penerima pencen terbitan)
47. Warga Emas
- Diskaun 50% bayaran pemprosesan pasport (tempoh 5 tahun:RM300 ke RM150 dan tempoh 2 tahun:RM100 ke RM80)
-Berkuatkuasa Januari 2013
48. Penambahbaikan Skim Perkhidmatan ATM
- Menambah baik kelayakan masuk (Ijazah – pegawai; Diploma – askar Laskar)
- Kenaikan pangkat secara time-based (8 tahun: Prebet ke Lans Koperal & Lans Koperal ke Koperal)
- Bayaran insentif khas RM200 sebulan (manfaat: 125,708 anggota ATM)
- Menaikkan elaun khidmat tugas anggota Askar Wataniah, Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut & Udara (dari RM4.00 sejam ~ RM7.80 sejam)
49. Pesara Tentera tidak Berpencen (berkhidmat kurang 21 tahun)
- Bantuan tunai one-off, RM1,000 – manfaat 224 ribu bekas tentera
INSURANS BERKELOMPOK TENTERA DAN POLIS | BUDGET 2013
50. Skim Perlindungan Insurans Berkelompok kepada anggota Tentera & Polis
- Had perlindungan maksimum: RM15,000
- Manfaat kepada hampir 242,000 anggota
PINJAMAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM | BUDGET 2013
51. Bahagian Pinjaman Perumahan (MOF) akan disusun semula
-Bank komersial sebagai panel bak yang menguruskan pinjaman
-Manfaat dan bantuan sedia ada kekal (kadar peratus 4%)
52. Wang proses permohonan pinjaman perumahan
- Mengurangkan caj wang proses (dari RM1 setiap RM1,000 pinjaman kepada RM100 falt rate)
PELATIH PRA PERKHIDMATAN | BUDGET 2013
53. Pelarasan elaun Pra­Perkhidmatan
- Menaikkan kadar elaun pra perkhidmatan
- Manfaat kepada 13 skim dengan anggaran 31,135 pelatih
Fokus 5: Mensejahterakan Rakyat
INISIATIF PEMBIAYAAN SWASTA – PFI 2 | BUDGET 2013
54. Menyediakan peruntukan RM6 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek dan program untuk memastikan kesejahteraan rakyat.
MENGURANGKAN KADAR JENAYAH | BUDGET 2013
55. Inisiatif mengurangkan kelakuan jenayah
-Tambahan perjawatan baru polis
-Penubuhan Unit Rondaan Bermotosikal – rondaan 1,000 motosikal di kawasan perumahan
-Tambahan 10,000 bilangan ahli Pasukan Sukarelwan Polis
- Pemasangan Sistem Kamera Litar Tertutup atau CCTV sebanyak 496 unit di 25 buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
56. Penglibatan pihak swasta dan komuniti dalam mewujudkan persekitaran selamat dan aman
-Aktiviti rondaan di kawasan kejiranan – geran RM10,000 kepada persatuan penduduk
-Mempertingkat peranan rukun tetangga (KRT) – 6,500 KRT menjelang 2013
-Penyediaan pakaian seragam kepada hampir 300,000 anggota RELA aktif
-Galakan Elaun Modal Dipercepatkan kepada syarikat yang membelanjakan pemasangan peralatan keselamatan
MENAMBAHBAIK LALUAN KERJAYA WARGA PDRM | BUDGET 2013
57. Kajian secara komprehensif sedang dijalankan oleh pihak JPA
MENAMBAHBAIK SPRM | BUDGET 2013
58. Tambahan 150 perjawatan sehingga 5,000 anggota
59. Memperbaiki kedudukan Kerajaan dalam Indeks Persepsi Rasuah
YAYASAN BANTUAN GUAMAN | BUDGET 2013
60. Tambahan peruntukan RM20 juta kepada Yayasan Bantuan Guaman
MEMACU TRANSFORMASI KOMUNITI | BUDGET 2013
61. Penubuhan National Strategic Coordination Unit
- merancang dan menyelaras program menyeluruh UTP dan RTP
62. Perluasan 6 UTC di seluruh negara
- Alor Star, Kuantan, Ipoh, Johor Bahru, Kota Kinabalu & Kuching
- Menyediakan pelbagai perkhidmatan utama Kerajaan & swasta dalam 1 bangunan
63. Perluasan 5 RTC dan mini RTC di seluruh negara
- Melaka, Johor, Pahang, Sabah & Sarawak
- Menyediakan perkhidmatan komuniti & hasil pertanian di 1 pusat integrasi
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR DAN MASYARAKAT ORANG ASLI | BUDGET 2013
64. Projek pembangunan infrastruktur luar bandar
-Bina 441 km jalan luar bandar & jalan perhubungan desa – manfaat 220,000 penduduk
-Projek bekalan air – manfaat 24,000 rumah
-Projek penyambungan bekalan elektrik – manfaat 19,000 rumah
-Program Desa Lestari – melibatkan 29 kampung dan manfaat 38,000 penduduk
-Program pembangunan ekonomi masyarakat Orang Asli – RM88 juta
-Membekalkan 40,000 tangki air di kawasan pedalaman Sabah & Sarawak
KESIHATAN ASAS KESEJAHTERAAN | BUDGET 2013
65. Projek pembangunan perkhidmatan kesihatan
-Peruntukan RM19.3 bilion bagi perkhidmatan kesihatan
-Membaik pulih 350 buah klinik Kerajaan – peruntukan RM100 juta
-Tambahan 150 mesin dialisis di pusat hemodialisis Kerajaan seluruh negara
66. Klinik 1Malaysia
- Tambahan 70 Klinik Rakyat 1Malaysia (keseluruhan 240 klinik di seluruh negara)
- Menyediakan perkhidmatan ujian darah, ujian kolesterol & glukosa serta ujian urin
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA & MASYARAKAT | BUDGET 2013
67. Program pembangunan wanita dan masyarakat
- Program Pengarah Wanita ? melatih 500 wanita sebagai Ahli Lembaga Syarikat
- Program Inkubator Keusahawanan Ibu Tunggal (I?KIT)
-Program Get Malaysian Business Online (GMBO) – geran RM1,000 kepada 50,000 usahawan kecil untuk membangunkan website
-Pemeriksaan percuma ujian Mamogram – manfaat 100 ribu wanita
- Program KAR1SMA – manfaat RM1.2 bilion
-Program 1AZAM – manfaat 58,330 peserta
68. Tambahan 6 Anjung Singgah dan 5 Anjung Kasih di seluruh Negara
BELIA DAN SUKAN | BUDGET 2013
69. Program pembangunan Atlet dan Sukan
- Penyediaan atlet ke kejohanan sukan antarabangsa – Sukan SEA, Sukan Para ASEAN, Sukan Komanwel dan program Road to Rio
- Pembinaan Akademi Badminton di Bukit Kiara
- Pembinaan kompleks Velodrom tertutup di Seremban
70. Program pembangunan belia
- Program Y-Creative – penglibatan persatuan belia seluruh negara
- Penubuhan New Enterpreneur Fundation (NEF) – usahawan muda menceburi bidang ICT
- Penubuhan Young Enterpreneur Fund – pinjaman perniagaan untuk belia dengan subsidi kadar faedah 2% ditanggung oleh Kerajaan (had pinjaman: RM100 ribu)
- Program 1M4U – menggalakkan aktiviti sukarelawan belia
71. Rebat RM200 kepada belia 21?30 tahun bagi pembelian telefon mudah alih pintar 3G – manfaat 1.5 juta pengguna
GOLONGAN SENIMAN & KARYAWAN | BUDGET 2013
72. Bantuan pentadbiran dan kegiatan kepada semua persatuan berdaftar
MEMPERLUAS JARINGAN PENGANGKUTAN AWAM BANDAR | BUDGET 2013
73. Penubuhan perkhidmatan bas RapidKuantan pada 1 Disember 2012
74. Diskaun 50% kadar tambang Komuter bagi pengguna berpendapatan – RM3,000
PERUMAHAN UNTUK RAKYAT | BUDGET 2013
75. Pembinaan hampir 123,000 unit rumah – RM1.9 bilion
76. Menambah baik Skim Rumah Pertamaku:
- Had pendapatan pinjaman Individu dari RM3,000 kepada RM5,000
- Had pendapatan pinjaman bersama suami-­?isteri kepada RM10,000
- Nilai maksimum hartanah RM400,000
- Melanjutkan tempoh pengecualian duti setem sebanyak 50% sehingga 31 Dis. 2014
77. Kajian Semula Cukai Keuntungan Hartanah (RPGT)
-Pelupusan hartanah bagi tempoh pegangan tidak melebihi 2 tahun: RPGT 15%
-Pelupusan hartanah bagi tempoh pegangan melebihi 2 hingga 5 tahun : RPGT 10%
-Pelupusan hartanah bagi tempoh pegangan melebihi 5 tahun: RPGT tidak dikenakan
78. Insentif cukai pemulihan perumahan terbengkalai:
-Institusi perbankan diberi pengecualian cukai ke atas pendapatan faedah yang diterima daripada kontraktor penyelamat;
- Kontraktor penyelamat diberi potongan cukai 2 kali ke atas bayaran faedah dan semua kos langsung dalam mendapatkan pinjaman;
- Kontraktor penyelamat diberi pengecualian duti setem ke atas semua jenis surat cara yang disempurnakan bagi tujuan pindah milik tanah atau rumah dan surat cara pinjaman bagi membiayai kos pemulihan; dan
- Pembeli asal rumah terbengkalai diberi pengecualian duti setem ke atas semua jenis surat cara yang disempurnakan bagi tujuan mendapat pembiayaan tambahan dan pindah milik rumah.
BANTUAN DAN SUBSIDI | BUDGET 2013
79. Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0)
-Bantuan tunai RM500 – isirumah berpendapatan ? RM3,000
-Bantuan tunai RM250 – individu bujang berumur 21 tahun ke atas ? RM2,000
80. Pengurangan subsidi gula 20 sen (Kerajaan masih menanggung 34 sen
dengan perbelanjaan RM278 juta)
81. Subsidi minyak masak (penstabilan harga) – RM 1.5 bilion
82. Program Penyeragaman Harga dan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)
-Subsidi kos pengangkutan (LPG 14kg setong: asal RM70; harga subsidi RM26.60)
- Tambahan 57 KR1M di Sarawak, Sabah dan Labuan
83. Diskaun 50% ke atas tambang penumpang feri Sarawak-­?Labuan-­?Sabah
84. Diskaun 50% ke atas tambang feri bagi kenderaan komersial mengangkut barangan Sarawak?Labuan-Sabah
BONUS KEPADA PENJAWAT AWAM | BUDGET 2013
85. Pemberian 1 bulan setengah bonus
MEMPERMUDAH IBADAH HAJI | BUDGET 2013
86. Membenarkan pencarum KWSP membuat pengeluaran di Akaun 2 bagi jemaah muassasah dengan maksimum pengeluaran RM3,000
KAJIAN SEMULA CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU DAN KOPERASI | BUDGET 2013
87. Individu: kadar cukai pendapatan diturunkan 1 mata peratusan bagi kumpulan pendapatan bercukai tahunan – RM2,500 ringgit ~ RM50 ribu
88. Koperasi: kadar cukai pendapatan dikurangkan antara 1 ~ 7 mata peratusan di semua kumpulan pendapatan bercukai
MERINGANKAN BEBAN PENGUSAHA BAS | BUDGET 2013
89. Bantuan kepada pengusaha bas sekolah :
-Pemberian rebat RM10,000 dan subsidi kadar faedah 2% ke atas pinjaman membeli bas baru untuk menggantikan bas sekolah lama yang berusia melebihi 25 tahun dengan kapasiti 12 hingga 18 tempat duduk
-Skim perlindungan insurans kemalangan diri, hilang upaya kekal dan kematian kepada semua murid sekolah yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah (had perlindungan sehingga RM100 ribu)
MENGURANGKAN KOS PEMBELAJARAN PELAJAR | BUDGET 2013
90. Program kebajikan kepada pelajar sekolah ? RM2.6 bilion
-Merangkumi bantuan asrama, Rancangan Makanan Tambahan, bantuan buku teks
91. Program bantuan persekolahan – RM100 kepada pelajar sekolah
-Manfaat 5.4 juta pelajar dari tahun 1 hingga tingkatan 5
92. Program Baucar Buku 1Malaysia – RM250 kepada pelajar universiti
-Manfaat 1.3 juta pelajar universiti dan tingkatan 6
93. Menaikkan pelepasan cukai SSPN daripada RM3,000 kepada RM6,000
PINJAMAN PTPTN & SKIM SSPN | BUDGET 2013
94. Diskaun 20% bagi penyelesaian sekali gus (sehingga 30 September 2013)
95. Diskaun 10% setahun kepada yang membayar pinjaman secara konsisten
AKTIVITI TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) | BUDGET 2013
97. Pihak GLC menyokong usaha CSR
-FELDA: Membangunkan 20,000 projek perumahan dalam kawasan FELDA, membaiki rumah-­?rumah kampung tradisi, program latihan dan latihan kemahiran
- Yayasan 1MDB: pemberian geran pendidikan, Klinik Bergerak 1Malaysia & program membaikpulih rumah – RM300 juta
-Syarikat GLIC dan GLC (RM500 juta) dalam pembangunan komuniti, biasiswa

Sunday, February 12, 2012

Rakaman Sebelum Pekerja KFC Membelasah Pelanggan

N-3 lewat malam hari nie...
bukan apa CP rasa bosan plak mengemas beg nak outstation nie..
tu yg on laptop and tgk2 U-tube..
terjumpa plak video nie...
video nie terkait mengait dgn video sebelum ini..
ala, video yg pekerja KFC belasah Si C tue..

Seperti yang dijangka oleh CP..
bebudak KFC nie bukan la gangstar gengster,
yang main nak belasah orang jer..
Si C tue yg banyak mulut, smpai lebam perasaan budak2 nie..
smpai dh tak tahan cemuhan, tu yg suhu bebudak KFC nie..
bukan setakat 100C lagi, mau cecah 350C agaknya...
CP malas nak cakap korang tgk je lar ok... 



p/s: nmpak sgt customer lain yg ada kat situ relax jer, siap senyum2 lagi dok gelak2 dgr Si C dok komplen... yelar mereka dok ketawa kn Si C and the gang yg mcm memperbodohkan diri mereka sendiri kat KFC tue... yaa, customer always right tp still depends on the situation... tak semua nyer betul okay...

Thursday, February 9, 2012

Pekerja KFC pukul customer

Salam semua,
agak lama tak membuat n-3 baru kan...
so hari nie nak buat simple entry jer...
bukan apa tertarik dengan video di U-tube nie...

video nie baru jer di upload,
tak sampai pun usianya dua hari (pada waktu n-3 ni ditaip),
tapi telah ditonton lebih 50 ribu penonton...
kejadian nie berlaku di ICT park, dalam kedai KFC...
(alaaa taman lampu yg glamour kat Shah Alam tue...)

Al-kisah nyer, dari cerita2 yg CP dgr dan baca...
customer tu dh tunggu sejam tp still x dpt order dia...
alasan staff KFC ayam habis, tp Si customer tu dok complain...
yg selebih nyer CP x tau, sbb CP xsempat nk jd witness time tue...
tp at last kejadian nie yg berlaku...
jadi korg layan jer la, then fikir2 apa yg korg nk...


CP rasa Si customer tu dok asyik complain jer,
bikin bising2 kt counter tue agaknyer
(ayat sure panas giler punyerlah)...
tue yg buat staff KFC tu panas hati, terus rush keluar mcm gangster...
cuba la korang bayangkan kalau korg ada kat tempat budak2 KFC...
apa agaknya yg si customer tue cakap.....

p/s: CP x racist tp fikir logik la, kita xkn mudah melenting kalu xde something yg trigger anger kita... mungkin ada kejadian atau word yg teruk dikeluarkan sebelum kejadian nie berlaku... kita x tau apa yg jd kt sana, kecuali semua witness kat situ yg mengetahui nya... CP post n-3 nie pun sebagai iktibar buat semua... jgn mudah melenting tak tentu pasal.. tgk keadaan dan sebab musabab nyer dulu... kalau tak sendiri yg malu.. dan CP sebagai rakyat Malaysia pun malu bila fikir apa org luar Malaysia tengok video nie... nmpak sgt Malaysia nie Pengganas, terutama org Melayu... sedih woooo T_T

Tuesday, December 20, 2011

PoSe Sexy Artis Malaysia...

HI semua, lamer plak tak hup-date blog nie...
menyepi jer kan...
tapi hari nie, CP cuba curik 5 minit untuk buat hup-date nie..
bukan aper CP TERUJA sehhh pepagi hari nie...

korang dh tgk cover GLAM isu Januari 2012...
perghhhh tangkap cintan CP pagi nie...
pose yg diberikan soo sexy and it make me triggle inside...
hehehehe...
siape?
artis Malaysia wei, siapa lagi kalo bukan penyanyi feverete CP..
Dato CT Nurhaliza Taruddin...


Amacam, mengancam kan....
mmg tangkap cintan la kalo tengok...
bertuah Dato K....
aku gak yg melepas....
T_T~~sedeyyyy....

so tunggu per lg, cpat wei dpt kan isu GLAM yg terbaru nie..
CP confirm cpat nyer sold out isu kali nie..
CEPAT CEPAT CEPAT !!!!





Wednesday, August 24, 2011

Kematian Before Raya...

huhu, awal CP sampai opis hari nie, pkul 6:30 pagi dh tercatuk kt dpan opis nie… bukan apa hari nie CP drive ke opis, sejak akhir-akhir nie semakin rajin plak bawak kereta… CP malas sebenarnya nak naik train komuter, sentiasa sesak time balik kerja dan servis nya semakin teruk… urmm malas la nak komen panjang2, buat hati CP panas jer…
awal2 pagi nie CP ambik la kesempatan selak kejap Utusan Malaysia… tgk jer front page CP dah terkejut… uppps bukan berita “Kemurkaan Sultan Selangor terhadap MBnya” tapi berita “3 beradik lemas ditolak bapa kedalam kolam” dan “ 2 pelajar maut kena langgar time balik sekolah”…


aduyaiii !!! sedih CP rasa, nak dekat-dekat raya nie plak benda-benda macam nie berlaku… kesian kat ibu mangsa, sudah tentu raya nie tiada maknanya lagi… bukan mudah nak menerima kehilangan 2 anak sekaligus… Takziah buat mangsa dan marilah kita sedekah kan Al-Fatihah kepada semua mangsa… AL-FATIHAH….
Manakala berita bapa tolak anak dalam kolam tu, CP rasa bapa tue ada masalah mental yang teruk… sanggup dia membunuh anak dia sendiri, dengan cara yang begitu kejam… nak kata macam binatang, tak jugak coz sedangkan binatang pun sayangkan anak nya… kalu CP hukuman nya gantung sampai mati jer, tiada yang lebih setimpal…

Tuesday, August 9, 2011

BONUS RAYA...

Rasanya semua bloggers akan membuat update pasal perkara nie... yelar perkara panas macam nie kan, selalu akan dijadikan isu untuk blog...

Alhamdulillah, PM kita telah mengumumkan bonus raya untuk 1.2billion kakitangan awam, sebanyak 1/2 bulan gaji pokok @ RM500 yang mana lebih tinggi.... berita panas nie terpampang di muka utama semua surat khabar utama, so mesti ramai kakitangan awam yang tersenyum gembira hari nie... duit tue, saper yang tak nak kan....

ape pun CP amat berterima kasih, walaupun tak banyak tapi sekurang nyer boleh la tambah belanjer raya... lebih2 lagi bulan nie banyak belanjer CP dh spend kat kereta CP.... kereta rosak plak, dh spend RM500 tapi still tak ok2 lagi, maka keputusanya tersadai la kt garaj rumah tue.... naseb la awek CP kasi loan kereta dia dapat la bergerak sana sini... sekarang tengah survey kereta lain plak... aduyaiiiii pening sangat, byk betul nak keluar belanjer nie.... so dapat bonus nie bernafas la sikit...

TERIMA KASIH PM..... ;)

SALAM RAMADHAN

Assalamualaikum... memang lamer sangat CP tak buka blog nie, so secara directly memang la tiada update terbaru dari CP... feeling PEMALAS tu menebal sangat dalam diri inie.... begitu la jugak membuka blog2 laen, langsung xde perasaan... tapi malam tadi lepas diperli Ms Farah (aka MyYunk) yang blog aku dh mcm rumah tinggal, aku terus bersemangat, berkobar2 membara hati & nafsu nk update blog nie...

So dikesempatan inie CP nk ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN pada semua bloggers.... harap ramadhan ini dapat membuka pintu rahmat Allah kepada kita semua....

Friday, May 20, 2011

Baju NAKED !!!

wuhuuuu....
seminggu menyepi atas alasan berdukalara dengan pemergian rakan sekelas...
xde mood nak hup-date blog nie, MALAS yang paling utama...
(padahal opis CP dh mula block access ke semua page yang berakhir dgn .blogspot... donno la why, tp mmg menyakitkan hati tul...)

n-3 hari nie nk menunjuk nunjuk sikit...
tunjuk aper ? tunjuk bahu design baju...
sendiri design, buat simple2 jek...
ala sajer jer membuang masa dan kewangan...

anyway nk mintak pendapatan pada yg sudi...
jgn ler segan2 ekk...
kalu teraser segan, pergi order Cheesse Cake dari Mr. Curly tue, confirm korg tak segan lagi...
(hikhikhik promote la plak, motif still x sure..... ;P )


Design 1


Design 2 : beza pada graffic belakang..

Thursday, April 21, 2011

Hari inie hari KHAMIS....

hari nie hari khamis... saya suka hari khamis... hari khamis banyak benda hebat boleh buat... hahahha... tetiber plak otak nie jd tahap sengal maksimum... :D

sebenarnyer agak lama jugak CP tak hupdate blog nie... menjengah pun lagi la idak yer... gamak nyer kalu rumah dah penuh bersawang dengan spider web... hikhikhik... takpe hari nie CP sempatkan diri membuat update kejap...

harie nie CP cuti lagi, semalam pun cuti jugak... sebabnyer CP ader paper final... semalam pagi, hari nie petang... semalam nyer paper ok la... boleh jawab, cuma betul salah jer tak tahu... orang bagi maser 3 jam tapi CP 1jam30minit dh siap...  mesti org ingat CP berlagak keluar awal, tapi diorg tak tahu peragai buruk CP... CP tak boleh duduk lamer2 bila dah siap jawab soklan semua... CP ada tendency nak ubah jawapan CP... lagi lamer CP duk kat situ lagi byk la jawapan yang akan diubah.... bagi CP siap jawab, ulang baca (proofread) 2-3 kali dh ok... then serahkan pada yg pakar membuat keputusan...

hari nie plak paper biz... aduyaiii subjek paling berat rasenyer... kepala nie dh pening baca, baru masuk chapter 3, ader 3 lagi chapter... tapi still tak berape nak faham, takut sehhh.... harap nnti semua nyer dipermudahkan.... nak buat target tinggi mmg non-ado, harap nak lulus jer... tak mau la repeat2 nie... lagi stress rasenyer...

ok la... nak sambung baca balik nie, cukuplah merehatkan minda melayari internet nie... ingat nak relex kejap dalam 10-20 minit, tak sangka plak dh nak dekat 2 jam duk menghadap lappy nie... hikhikhik, gasak la ko CP, yg tereffect semua diri sendiri..... menggong....

p/s : sanggap betul la diri nie... paper final tapi still buat selamber jer, bukan nak serius... pepun just harap yg terbaek buat diri inie...

Saturday, April 2, 2011

Pengetua Akademi Fantasia 9


Bertempat di Aeon U2 Wangsa Maju 
Konsert Tirai AF9...
akhirnya terjawab sudey siapa Pengetua Akademi Fantasia
yang telah menimbulkan byk spekulasi sejak akhir akhir inie...

Ya!!!!!!
AMY SEARCH telah dipilih
untuk membawa dan memikul tanggungjawab kali inie...
sebagai peneraju dan ketua pengemudi AF 9...

TAHNIAH CP ucapkan..
semoga AF 9 inie meninggalkan kesan yang wow nanti...
biar sentiasa buek org ramai teringat ingat sentiasa...
yelar, dh nama pun musim terakhir kan.......


Thursday, March 24, 2011

NEW BABY….

huhu selasa tadi genap dua minggu penantian
yang telah ditunggu selama inie…
telah bertambah seorang lagi penyeri kat rumah tue…
tiap-tiap malam yang dulu sunyi sepi sekarang terdengar tangisan
di tengah-tengah malam…
memecah kesunyian malam, yelar nama pun baby kan…

tapi naseb baby kali nie tak banyak songeh,
kurang menangis di malam hari…
dia tahu agaknyer pakcik dia penat kerja siang
then malam sambung belajar plak…
so dia nak bagi rest secukup nyer kan pakcik kesayangan dia nie….

HARIS IRFAN nama yang telah diberi, pelengkap kepada abangnyer Hadriq Ezany…
muka diorg pun lebih kurang jek…
tapi yang tak boleh tahan biler banyak yang cakap muka baby nie macam aku maser kecik-kecik dulu…. well hello!!!! tue anak buah aku ekk,
so memang teramat imposibble la nak ikut muka aku kan….
aku pun tak faham kat maner yang diorang kater sama…
tang telinga, tak! tang mulut, tak! tang hidung, lagik la tak! …
ermmm muskil muskil sesangat…

new added member... HARIS si adik, so cute kan...
nak cubit2 jer pipi tue...
ERIC si abang, 4 thn last february....
kalu senyum manis sgt, siap ader lesung pipit...

pepun baby nie kiut sangat, setiap kali dia dengar suara aku time aku balik dia akan bukak mata dia…
so penat macam maner pun aku akan dokong dia kejap…
ermmm terasa mcm nak cepat jer ader anak sendiri… macam best jer rasenyer….
WELL for my YUNK, if you read these I LOVE U so much…
hehehehe



O.M.G.... Seksi nyer.....


Dalam jadual CP yang teramat la sibuk sekarang,
memang la sangat xde mase nak hup-date blog nie...
(sibuk la sgt kn, yg bebenornyer malas...hehehehe..)
tapi pagi nie teruja plak nak buat n-3 nie...
yelar biler terbukak dan tertengok gambar artis Malaysia nie...
nak tahu kenapa CP teruja sgt....
korang tgk gambar kat bawah nie....
(mungkin ader yang dh tahu tue, buat2 je la xtahu ekkkk....
buat2 macam terkezut, boleh... :p)

Adoption dari Murai.com.my...
TQ guys.... 

alamak terlebey sudey...


Alahai artis Malaysia, memang tak sesuai dik nak pakai mcm tue...
kita kan ader adat dan resam tersendiri...
nak kater tak tahu, rase nyer imposibble sebab nampak sgt ko tue Melayu...
salah designer, mgkin jugak sbb designer pun Melayu....
aduyaiiiii........ nie mcm nak cari publisiti murahan jek....
lg pun x kan la si artis nie x try fitting dulu.....
besar tue dik belahan nyer......

so pada bloggers semua korang nilaikan sendiri...
CP malas nak merungkai cerita nie panjang2...
buek semak blog CP jer...
saham neraka pun nnti mgkin bertambah...
hikhikhik mcm la CP nie budak baek la sgt...

pada yang nak baca pasal artikel nie lebih lanjut sila la lawat sesawang murai.com atau klik je kat link bawah nie....

p/s: maaf la ekk kalu ader yang terasa coz CP x berniat nak aibkan sesaper pun, tapi kita nie duduk kat Malaysia yang penuh adat dan tatasusila, so pandai2 la membawa diri... lagi pun CP x suka kenyataan yang diberi so stereotype, "tak perasan" W.T.F.

Sunday, March 6, 2011

Hikayat Merong Maha Wangsa - Trailer


Kalau td CP dah publish klip Sedetik Lebih oleh Anuar Zain
CP rase mcm tak lengkap plak kalau tak share trailer filem nie...
pelakon pun boleh tahan...
mmg mantap dan mempersonakan...
ader Stephan Rahman, Wan Hanafi, Ummi Nazeera, Rahim Razali, Khir Rahman dan byk lagik la...

xpectation CP terhadap filem nie mmg tinggi...
harap2 filem nyer sebest yg CP sangka...
rase tak sabar betul nak g serbu wayang nnti...
biler belum ader perancangan, tgk la nnti...
tp pepoun enjoy la trailer nie...
sajer CP publish trailer dlm BI sbb nmpk lg best...hehehehe








Sedetik Lebih - OST filem Hikayat Merong Maha Wangsa

Malam nie rase mcm byk plak mase terluang...
nak keluar geng semua xde kat sini...
nak menghadap TV dah tak larat rase nyer...
punggung pun dh naek kematu rasenyer...
so, CP dok la godak lappy nie...

dlm duk merawang kat internet...
teringat plak pasal filem epik yg bakal ditayangkan kurang dari 3 hari lagi...
ala filem epik terhebat dari Malaysia,
Hikayat Merong Mahawangsa terbitan 3 beradik KRU...

perghh tak sabar rasenyer nak tunggu tarikh 10 March nie...
kalu takde aral, CP dan family akan g tgk wayang ceriter nie...
kira antara aktiviti keluarga la untuk tahun nie..
Insyallah....

tapi sebelum tue, Jom kita enjoy dulu lagu OST filem nie...
Sedetik lebih yang dinyanyikan oleh Anuar Zain...
sungguh mendayu lagu nie...
kira antara lagu best la dari Anuar Zain...




p/s : sedikit trivia filem nie, dishot di Terengganu, menelan belanja hampir RM8juta, bakal ditayangkan di 72buah negara, dan menggabungkan artis antarabangsa dari Hongkong dan UK selain dari pelakon Malaysia...

Friday, March 4, 2011

Justin Bieber....


Alahaiiii Justin Bieber....!!!!
kenapa la org tergila-gila kn ko agak nyer ekkk...
CP pun kurang pasti... mungkin org tgk Justin nie cute n comei kot...
tapi CP rase, CP lagik comei dari ekau tue....
hikhikhik perasan sungguh.... bdn mcm ank gajah ader hati... ;p

Sebenarnyer CP tertarik dengan berita dlm Utusan Malaysia hari nie...
Gumpalan rambut Si Justin nie dilelong RM124,000....
perghhhh melampau mahal, boleh beli kereta sebijik...
kenapa tak percaya....
tgk jer la sendiri...
kalu tak boleh bacer, g kedai cpt beli paper Utusan hari sebelum kehabisan....

biar ape poun, CP salute kat Si Justin nie...
duit hasil lelongan rambut nie dia sedekahkan kepada sebuah badan yang menyelamatkan haiwan terbiar.....
waaaaaaa cair kejap hati CP.... so sweet of him....

anyway CP nak share kt korg source (punca) gumpalan rambut tue...
yelar rambut Si Justin nie keguguran ker (midlife crisis) mcm lelaki2 lain,
atau dia gunting sikit rambut dier tue....

yg bebenornyer, Si Justin Bieber nie tlh memotong rambutnyer....
kira nak tukar hair style la...
nmpak lebih stylo dan modern la sikit...
ermmm susah nak terangkan korg tgk jer la gambar dia ngan Sellena Gomez nie...
 

   
Sebelum potongan rambut
~cute looking~

Gambar terbaru 2011
~stylish look~

p/s : CP rase style rambut yang dulu tue lebih cute and comei...hikhikhik, korg rase...

Monday, February 28, 2011

The Oscar 2011 , goes to.....



Acara Kemuncak Oscar telah melabuhkan tirainya tadi...
walau CP tak mempunyai masa untuk menontonnya...
CP masih mengikuti perkembangan terkini...
Trimas bebanyak kepada Calvin Thoo kerana sentiasa memberi info terkini kpd CP...


Acara kemuncak tahunan perfileman dunia,
OSCAR 2011 kali di hos oleh jelitawan Anne Hathaway dan James Franco...
boleh la mengikut sumber CP....
not bad la gandingan mereka berdua nie...


dan seperti dijangka The King's Speech mengungguli anugerah Oscar kali nie...
4 award utama telah di berjaya di rangkol....
nak tahu lebih lanjut CP akan senarai kan pemenang Utama Oscar 2011 kali nie...


FILEM TERBAIK : The King's Speech
BEST ACTOR : Colin Firth, The King's Speech
BEST ACTRESS : Natalie Portman, Black Swan
BEST DIRECTOR : Tom Hooper, The King's Speech
BEST SONG in movie : We Belong Together, Toy Story 3
BEST EDITING : The Social Network
BEST VISUAL EFFECT : Inception
BEST ANIMATION MOVIE : Toy Story 3
BEST COSTUME : Alice In Wonderland
BEST SUPPORTING ACTOR : Christian Bale, The Fighter
BEST SUPPORTING ACTRESS : Melissa Leo, The Fighter
BEST FOREIGN MOVIE : In A Better World, Denmark


p/s : biler la kan filem Malaysia dapat masuk Oscar ekk, kalu tercalon ke final list pun CP dh kembang kuncup.....bangga woooo, tp x sure la bile...ermmm

Natalie Portman menang Oscar...

yupppp confirm sudey Natalie Portman merangkul gelaran best actress di anugerah Oscar.....
watak yang dibawa nya dalam Black Swan memang tiada tolok nya...
jiwa mmg tersentuh dgn emosi yg dipaparkan,
sehingga kita seperti terbuai sama dengan perasaan yang di tunjukkan....

muncul dengan dress yang sweet sgt,
Natalie kelihatan anggun walau di dandan sederhana...
baju pun simple jer, ader bunga lagi kat tengah2...
rase pelik pun ader


Apa peun TAHNIAH Natalie Portman...
semakin laku gadis genit nie...
slps satu, muncul satu lagi filem yang membarisi dia sebagai pelakon...
siapa sangka kan... bakat yang terpendam dlm ibu muda nie...
salute laaa....









Tuesday, February 22, 2011

Gojezss Sangat...



perghhhh....
 lamer giler CP menyepi kan diri dari dunia blogging nie...
last n-3 rase rase nyer sebulan yang lepas...
itupun n-3 melepaskan perasaan terpendam dari CP,
semua gara gara AJL 25...
sengal n gojezss tull.... ;p


walau ape poun CP telah kembali semula...
setelah berhibernasi mencari hala tuju baru....
CP akan mewarnai semula dunia blogging nie...
kira semangat baru, mood baru, attitude baru dan cuma .......
maseh menggunakan blog lamer, org lamer...
hehehe btoll5 sengal....

so untuk n-3 kali nie kater2 semangat tuk CP dan semua bloggers...
Jom kiter mulakan hari inie dgn penuh semangat...
semoga semua berjalan lancar mcm minyak pelincir kereta.... licin jer...... hehehe


Bunyi mcm sengal tapi kalu di fikir2 kn betul jugak...
kita mmg yg bertuah....

So dgn penuh perasaaan bangga, CP raser korg semua patut jadi mcm nie sepanjang mase mulai hari nie tak kira ape poun yang berlaku....

Bangga!!!!!


HAHAHAHA...
sengal tul, tak boleh tahan...
entah aper jer la CP merepek hari nie...

SELAMAT BERSIARAN KEMBALI...
daaa...





Sunday, January 9, 2011

Konsert AJL - 25




Kurang beberaper minit jek lagi Anugerah Juara Lagu yang ke 25 akan keudara...
mesti ramai yang teruja dengan konsert malam nie...
byk spekulasi dan jangkaan siapa yg bakal membawa pulang anugerah malam inie...
CP pun tak terkecuali, berdebar xcited teruja semua ader...

perancangan malam nie tengok majlis nie secara langsung...
bukan kat stadium ekk, kat kaca Tv jek....
dengan family semua....
kami siap masak masak lagi... keropok kerepek semua ader...

anyway antara calon feveret CP yang dijangka akan membawa pulang
trofi malam inie ialah :
Yuna - Cinta Sempurna
Faizal Tahir - Selamat Malam
Black & MUH - Drama King
Bunkface - Xtravaganza (sebab org Klang... ;P hehehe)


CP sendiri pun xboleh ramal siapa yang bakal menang...
CP akan biar juri profesioanal yang di lantik untuk membuat keputusan....
kita tunggu dan lihat saje lahh nanti....
pe poun kiter layan video klip pemenang AJL ke-24 yang lalu,
 Aizat dengan lagu nyer Pergi...
(perghh meremang bulu biler dengar permulaan lagu nie... mmg best dan he deserve the award that night....)



 
 
p/s : tak sangka inie merupakan n-3 CP yang ke-100.... diam tak diam banyak jugak yang CP telah karutkan kat blog nie... harap CP dapat bertahan untuk mengarut lagi sehingga n-3 ke-1000 plak.... TQvm semua.... muahhh... X0

Friday, January 7, 2011

Duyung perhatian dunia.....




Cuber korang perhatikan gmbr ket sebelah nie...
agak agak korang gmbr ape ekk....
aper yang korang ingat biler tgk gmbr nie...
ok pikir cepattt.........





                         -
                   --
                   ---
                   ----
                   -----
                   ------
                   -------
                   ---------zzzzzzzzzzzzzzz...........

 
ok la tu dh agak lamer dh korang pikir....
dh ader yg meleleh air liur rasenyer...hehhehe...
aper je lar CP karut kan nie... itulah biler otak sengal nie dah mula
mengambil alih minda sedar CP... muler la idea karut memarut kelapa timbul....
hahahhaha jgn mareh nnti kena lelong ket mudah.com.my


Starbuck Cafe... korang mesti familiar kan...
inie antara feveret spot lepak CP...
(so sape2 nmpak CP tue jgn ler segan2 tegur jek... 
maner ler tahu dpt merase belanjer dari CP...)
order Coffee Frappuccino blended then lepak ngan laptop...
free wi-fi.... biase ler kn, hehehe ;P ...

Jauh plak CP melalut nie...
sebenarnyer CP nak ceriter perubahan logo Starbuck..
yupp baru jer di lancarkan dalam minggu nie...
ini kali ke-4 logo Starbuck di ubah......
kira simple la sikit dari yang lamer....
tulisan Starbuck pada logo lamer telah dikeluarkan...
yg tinggal duyung tu ajer....
korang tgk la sendiri ket bawah nie evolusi logo Starbuck
sejak dari tahun 1971 sehingga sekarang 2011....

Logo Pertama - 1971

Logo Kedua - 1987

Logo Ketiga - 1992

Logo Keempat - 2011 (terbaru)

p/s : aper pandangan korang ttg logo baru nie... sempoi ke tak... ker patut kekalkan yang lamer jek...



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails