B4R3N4KED PU7RA http://ccputra.blogspot.com

Jangan Lupa Tolong Klik Sini

Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Thursday, November 25, 2010

CP Kena Serang....

CP kena serang sekali lagi... serangan kali ini teramat dashyat dan sukar untuk dielak walau pelbagai senjata keris, pisau, parang kontot, cangkul, tanjak, pistol, senapang patah, even bom nuklear bagi menepis serangan yang diterima...CP kena serangan penyakit !!!!!!!!!!!!!

hehehe... jgn marah ekkk... sajer buek ceriterer jer... sebenarnyer CP kena serangan penyakit.... dan CP baru masuk kerja hari nie setelah dapat MC 2 hari dari klinik perubatan CP... 2 hari, bunyi mcm teruk jer sakit CP kan, tapi CP tak rase teruk maner pun cuma tonsil jer bengkak...


CP muskil jugak sebenarnyer biler doktor tue tenyeh 2 hari MC pada kad perubatan CP, tapi CP diam kan jer dan terima seada nyer... yelar siapa la diri CP untuk membuat penilaian kn, ckp lebih nnti kena bambu plak
"saper doktor awk ke saya..!!"
padahal dalam hati mcm nak suruh doktor tue tambah jer lagi 2 hari, tak payah CP masuk opis minggu nie.....hehehe, jahat jugak CP nie kan....
hahahaha (gelak kuat2 sambil membuat aksi mcm Sin Chan) ....

Tuesday, September 21, 2010

Trajedi 20 September...

Telah termaktub semalam, pada tanggal 20 September 2010 sesuatu yang dashyat telah berlaku pada diri CP... kedashyatan yang melanda amat sukar untuk digambarkan oleh mata kasar... sesuatu yang lebih dashyat dari peristiwa September 11 di Amerika.. dan lebih hebat dari tsunami yang mengemparkan suatu ketika dahulu...

dan kerana peristiwa itu CP telah melayakkan diri secara automatik tanpa sebarang prejudis dan rayuan untuk mara ke peringkat berikut nyer.... kata-kata keramat "Anda dapat" terngiang- ngiang di telinga inie...nak tahu kenapa, tengok jer gambar ket bawah nie...



HAHAHAHAHAHA.....
HAHAHAHAHAHA.....

CP dapat MC kerana perut yang memulas mulas akibat melantak sakan pada hujung minggu tadi di 3 open house.......padan muka CP, tak berhingat sebelum kena last last sendiri tanggung akibat nyer... terus tercirit malam tue jugak... tak pasal-pasal kena keluar RM30.... 

p/s: pada para bloggers semua, jgn marah ekkkk... CP saje nak buat gempak jer...hehehehe

Thursday, August 26, 2010

Panduan Mengelak Nafas Berbau

Mulut bau macam longkang kurang enak... Mesti korang rase tak selesa untuk bercakap secara bersemuka dengan orang lain kan... yelar takut pengsan plak orang tue tercium bau tahap cipan yang tak enak tue kan...

Tapi waktu berpuasa nie sudah pasti akan menyebabkan mulut korang berbau kerana kita tidak makan atau minum ketika waktu siang. Oleh itu terdapat beberapa panduan yang CP rase mampu untuk mengelakkan bau nafas.

* Kurangkan pengambilan makanan seperti petai, bawang putih dan bawang mentah ketika sahur.
* Selesai makan sahur, minum air putih pada jumlah yang banyak.
* Menggosok gigi dan lidah selepas makan sahur dan menjelang tidur.

* Jangan lupa Floss gigi anda setiap kali lepas bersahur.

*  Dan akhir sekali, berkumur dengan larutan khusus (antiseptik) untuk menghilangkan bau mulut.

MAKANAN SEIMBANG DI BULAN PUASA (Waktu Berbuka)...

Sorry guy's agak lamer baru CP nak update blog nie... CP teramat bz minggu nie with kerja ngan kuliah (sekarang tgh byk test and assigment)... nak lawat blog kengkawan yang lain pun belum sempat lagi... anyway thanx for all blogger's yang sudi terjah blog CP nie, nanti CP akan balas balik kunjungan anda semua... TUNGGUUU !!!!!!

Sebelum nie CP dah story-mori pasal pemakanan seimbang time bersahur, so sekarang seperti yang dijanjikan CP nak story plak pasal pemakanan semasa berbuka pulak.. nak kata CP terrer sangat tue takdela tapi CP cuma nak berkongsi info dengan bloggers lain semua...

Amalan pemakanan ketika berbuka:


* Elakkan minum air sejuk atau ais tetapi minumlah air panas atau suam bagi mengelakkan perut anda kembung terutama pesakit gastrik.

* Makan makanan manis dan berserat seperti kurma, sumber terbaik untuk menambah tenaga dan kemudian beristirehat kira-kira setengah jam sebelum mengambil hidangan berbuka untuk memberikan keseimbangan terlebih dulu pada pencernaan kita.

* Elakkan makan berlebihan dan mengambil makanan yang masam.

* Berbuka puasa hendaklah dilakukan secara bertahap dan tidak terburu-buru supaya sistem pencernaan anda tidak terkejut.

* Banyakkan pengambilan sayur, buah, dan daging tanpa lemak.

* Selepas berbuka puasa jangan terus tidur. Tubuh memerlukan waktu untuk mencerna makanan.

Tue la sedikit sebanyak yang CP sempat gali untuk info bersama. Walaupun dah lebih setengah bulan berpuasa, rase nyer tak terlambat lagi mempraktikan nyer untuk kesihatan bersama kan....

Friday, August 20, 2010

MAKANAN SEIMBANG DI BULAN PUASA

Diam tak diam, dah masuk hari ke-10 kita berpuasa. Begitu cepat masa berlalu kan... yelar CP pun Teramat sibuk dengan tugasan kerja serta kuliah... perghhh letih memang dah tak tergambar...

CP juga nak memohon maaf sebab dah lamer x mengupdate kan blog nie... kekanggan banyak sgt, faham-faham jer la...


Sebenarnyer CP nak kongsi sikit pasal makanan seimbang di bulan puasa.. bukan ape makanan seimbang dapat menghindarkan badan anda menjadi lemah..

So, nie ade a few tips ketika sahur dan berbuka puasa supaya tubuh kita tetap sihat dan segar selama sebulan.

Semasa sahur:

* Jangan lupa selalu makan makanan berkhasiat . Walaupun menu sederhana, yang penting mengandung lima unsur gizi lengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin, dan mineral.

* Banyakkan mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalamsayur dan buah. Tubuh kita memerlukan waktu lebih lama untuk mencernamakanan yang banyak mengandungi serat.

* Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyak minum air putih pada malam hari kerana kita memerlukan tenaga yang banyak pada waktu siang.

* Kurangkan makanan berlemak atau terlalu tinggi karbohidrat kerana ia akan membuatkan anda rasa mengantuk.


* Ambil lebih vitamin A, B, dan C tetapi jika anda sudah makan buah berwarna kuning atau merah, sayur berwarna hijau tua, kekacang, kurma maka anda tidak perlu khuatir kekurangan zat itu.

* Bagi penderita gastrik, makanan yang perlu dihindarkan ialah ketam,mi, daging berlemak, ikan dan daging yang diawetkan, sayuran mentah,sayuran berserat, minuman yang mengandungi soda dan perencah (cuka,lada, asam).

* Elakkan terus tidur selepas bersahur kerana tubuh memerlukan waktu untuk mencerna makanan.

Cukup rase nyer tips untuk sahur nie... nnti CP post untuk waktu berbuka pulak... TQ korang coz sudi membaca...

Friday, June 11, 2010

TipS : ShAvinG

Sebenarnyer CP tak tau nak tulis ape tuk entry kali nie...bukan ape hidung nie asyik sok sek sok sek jer, tak selesa betul rasenyer....

So CP nak kongsi tip's bercukur tuk lelaki lelaki semua.... nak kata CP nie xpert, tak la rasenyer tapi ini apa yang CP tahu.... Selamat mencuba....

1. Jgn cuci muka anda dgn sabun coz sabun nie mengeringkan kulit wajah anda. Invest sikit beli shaving krim tuk kepuasan diri..

2. Elakkan cuci muka dgn air sejuk sebelum bercukur, se-eloknyer gunakan air suam agar liang pori-pori terbuka, senang sikit proses mencukur dijalankan..

3. Sapukan gel atau balm selepas bercukur, but make sure elak product beralkohol coz ia membuat kulit kering..

4. Cuci muka dgn scrub at least 2 minggu sekali..

5. sapukan pelembab selepas bercukur [dalam 10-15 minit] , kira kira lepas anda selesai mandi la...

Ok, setakat nie dulu tip's CP...nnti CP continued lagi dlm part 2, kalu tak nnti habis idea nak tulis entry baru...hehehehe

Wednesday, June 2, 2010

20 Minit....

Di sini CP hendak berkongsi serba sedikit fakta dalam kehidupan kita yang dapat CP korek dari Library Universal CP (internet)....

U all tahu tak kebanyakan lelaki akan mengalami HEMORRHAGE otak selepas 20 minit sahaja selesai membeli pakaian.

p/s: HEMORRHAGE itu mengikut kamus peribadi kocek CP bermaksud pendarahan dalaman...tak sure tepat ke tak...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails