B4R3N4KED PU7RA http://ccputra.blogspot.com

Jangan Lupa Tolong Klik Sini

Sunday, August 29, 2010

Kereta Rosak !!!!

waaaa aaaaa......

kereta CP rosak lagi.. kali nie it happened on last friday,waktu nyer plak time nak pergi kerja pagi tue...

bengang tahap cipan giler ler pagi tue...
bayangkan tersadai pukul 6 pagi kat tepi highway sorang sorang... perghhh susah nak digambarkan perasaan CP time tue... bermacam sumpah seranah keluar dari mulut CP... nasib ler bulan pose, kalu tak mau bergegar highway tue biler CP berubah jadi Hulk (ala makluk hijau tue - eeee perasan plak CP nie) dan mengamuk kat situ...

 CP bawa bertendang bertenang kejap, duk pikir ape nak buat... yelar enjin tibe2 mati... try start tak mahu jugak hidup hidup, sampai melepuh ler hati CP ngan pe'el kereta nie...

so CP terus call kawan mechanic, tanye dia boleh dtg ke tak... dia cakap "OK OK jap lagi aku sampai..." alhamdulillah Syukur dia dah bangun, yelar org baru lepas sahur kan...tapi cakap tak serupa realiti, konon sampai dalam 15 minit tapi haram, nak dekat pukul 8 baru sampai... kecik besar jer CP tengok dia...

dipendekkan cerita CP ambik cuti hari tue... nak uruskan CP punya kereta yang telah masuk bengkel dan di diognosis dengan kanser di bahagian jantung nyer (kat starter die, kira api tak sampai la)... so kena tahan wad selama dua hari...

anyway petang tadi kereta CP dah boleh keluar wad... dan kos nyer RM250... pergh duit lagi... dah la nak raya... teruk CP raya nie terus lari budget... bukan setakat lari lagi dah naik roket terus gamaknyer budget CP kali nie.... ermmm cedihnyer, takde ke sesape yang nk menghulurkan bantuan pada yang susah inie.... :(

Thursday, August 26, 2010

Bercinta Jarak Jauh...

Begitu banyak dugaan kehidupan yang CP perlu lalui sekarang... dengan jadual kehidupan CP yang terlalu padat dengan kerja dan di ikuti pula dengan kuliah, perghh memang penat rase nyer... lebih memeritkan lagi biler cinta hati, pengarang jantung CP pula jauh dirantauan orang (jauh ke setakat kat Singapore tue)...

Agak payah nak menjaga hubungan jarak jauh nie... kalu dulu mase dekat telepon ajak kuar makan jer terus on... macam bulan puase nie, kitorang belum pernah lagi berbuka puasa bersama... ohhhh CP rindu akan suasana serta kemesraan waktu itu...

Tapi itu semua dugaan dari yang maha Esa... kira cabaran dalam perhubungan kami... at least kami redha akan ketentuan-Nya... mana tahu ada hikmah kenapa ini semua terjadi...

Sebenarnya CP nak kongsi sedikit pasal tips untuk mengekalkan kehangatan cinta jarak jauh nie.. tue pun melalui pengalaman CP selama beberapa bulan nie...

1. Percaya dan jujur pada pasangan anda. Itu yang paling penting sekali.

2. Setia pada cinta mu pada dirinya.

3. Sentiasa berhubung walau melalui sms or chatting di Facebook.

4. Sentiasa beri semangat dan dorongan pada dia.

5. Sentiasa ungkap kata-kata cinta padanya... Ia untuk memberi kehangatan asmara pada nya.

6. Percaya dengan ketentuan Illahi... kalu dah jodoh tak kemana kan....

Panduan Mengelak Nafas Berbau

Mulut bau macam longkang kurang enak... Mesti korang rase tak selesa untuk bercakap secara bersemuka dengan orang lain kan... yelar takut pengsan plak orang tue tercium bau tahap cipan yang tak enak tue kan...

Tapi waktu berpuasa nie sudah pasti akan menyebabkan mulut korang berbau kerana kita tidak makan atau minum ketika waktu siang. Oleh itu terdapat beberapa panduan yang CP rase mampu untuk mengelakkan bau nafas.

* Kurangkan pengambilan makanan seperti petai, bawang putih dan bawang mentah ketika sahur.
* Selesai makan sahur, minum air putih pada jumlah yang banyak.
* Menggosok gigi dan lidah selepas makan sahur dan menjelang tidur.

* Jangan lupa Floss gigi anda setiap kali lepas bersahur.

*  Dan akhir sekali, berkumur dengan larutan khusus (antiseptik) untuk menghilangkan bau mulut.

MAKANAN SEIMBANG DI BULAN PUASA (Waktu Berbuka)...

Sorry guy's agak lamer baru CP nak update blog nie... CP teramat bz minggu nie with kerja ngan kuliah (sekarang tgh byk test and assigment)... nak lawat blog kengkawan yang lain pun belum sempat lagi... anyway thanx for all blogger's yang sudi terjah blog CP nie, nanti CP akan balas balik kunjungan anda semua... TUNGGUUU !!!!!!

Sebelum nie CP dah story-mori pasal pemakanan seimbang time bersahur, so sekarang seperti yang dijanjikan CP nak story plak pasal pemakanan semasa berbuka pulak.. nak kata CP terrer sangat tue takdela tapi CP cuma nak berkongsi info dengan bloggers lain semua...

Amalan pemakanan ketika berbuka:


* Elakkan minum air sejuk atau ais tetapi minumlah air panas atau suam bagi mengelakkan perut anda kembung terutama pesakit gastrik.

* Makan makanan manis dan berserat seperti kurma, sumber terbaik untuk menambah tenaga dan kemudian beristirehat kira-kira setengah jam sebelum mengambil hidangan berbuka untuk memberikan keseimbangan terlebih dulu pada pencernaan kita.

* Elakkan makan berlebihan dan mengambil makanan yang masam.

* Berbuka puasa hendaklah dilakukan secara bertahap dan tidak terburu-buru supaya sistem pencernaan anda tidak terkejut.

* Banyakkan pengambilan sayur, buah, dan daging tanpa lemak.

* Selepas berbuka puasa jangan terus tidur. Tubuh memerlukan waktu untuk mencerna makanan.

Tue la sedikit sebanyak yang CP sempat gali untuk info bersama. Walaupun dah lebih setengah bulan berpuasa, rase nyer tak terlambat lagi mempraktikan nyer untuk kesihatan bersama kan....

Friday, August 20, 2010

MAKANAN SEIMBANG DI BULAN PUASA

Diam tak diam, dah masuk hari ke-10 kita berpuasa. Begitu cepat masa berlalu kan... yelar CP pun Teramat sibuk dengan tugasan kerja serta kuliah... perghhh letih memang dah tak tergambar...

CP juga nak memohon maaf sebab dah lamer x mengupdate kan blog nie... kekanggan banyak sgt, faham-faham jer la...


Sebenarnyer CP nak kongsi sikit pasal makanan seimbang di bulan puasa.. bukan ape makanan seimbang dapat menghindarkan badan anda menjadi lemah..

So, nie ade a few tips ketika sahur dan berbuka puasa supaya tubuh kita tetap sihat dan segar selama sebulan.

Semasa sahur:

* Jangan lupa selalu makan makanan berkhasiat . Walaupun menu sederhana, yang penting mengandung lima unsur gizi lengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin, dan mineral.

* Banyakkan mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalamsayur dan buah. Tubuh kita memerlukan waktu lebih lama untuk mencernamakanan yang banyak mengandungi serat.

* Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyak minum air putih pada malam hari kerana kita memerlukan tenaga yang banyak pada waktu siang.

* Kurangkan makanan berlemak atau terlalu tinggi karbohidrat kerana ia akan membuatkan anda rasa mengantuk.


* Ambil lebih vitamin A, B, dan C tetapi jika anda sudah makan buah berwarna kuning atau merah, sayur berwarna hijau tua, kekacang, kurma maka anda tidak perlu khuatir kekurangan zat itu.

* Bagi penderita gastrik, makanan yang perlu dihindarkan ialah ketam,mi, daging berlemak, ikan dan daging yang diawetkan, sayuran mentah,sayuran berserat, minuman yang mengandungi soda dan perencah (cuka,lada, asam).

* Elakkan terus tidur selepas bersahur kerana tubuh memerlukan waktu untuk mencerna makanan.

Cukup rase nyer tips untuk sahur nie... nnti CP post untuk waktu berbuka pulak... TQ korang coz sudi membaca...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails