B4R3N4KED PU7RA http://ccputra.blogspot.com

Jangan Lupa Tolong Klik Sini

Thursday, August 26, 2010

MAKANAN SEIMBANG DI BULAN PUASA (Waktu Berbuka)...

Sorry guy's agak lamer baru CP nak update blog nie... CP teramat bz minggu nie with kerja ngan kuliah (sekarang tgh byk test and assigment)... nak lawat blog kengkawan yang lain pun belum sempat lagi... anyway thanx for all blogger's yang sudi terjah blog CP nie, nanti CP akan balas balik kunjungan anda semua... TUNGGUUU !!!!!!

Sebelum nie CP dah story-mori pasal pemakanan seimbang time bersahur, so sekarang seperti yang dijanjikan CP nak story plak pasal pemakanan semasa berbuka pulak.. nak kata CP terrer sangat tue takdela tapi CP cuma nak berkongsi info dengan bloggers lain semua...

Amalan pemakanan ketika berbuka:


* Elakkan minum air sejuk atau ais tetapi minumlah air panas atau suam bagi mengelakkan perut anda kembung terutama pesakit gastrik.

* Makan makanan manis dan berserat seperti kurma, sumber terbaik untuk menambah tenaga dan kemudian beristirehat kira-kira setengah jam sebelum mengambil hidangan berbuka untuk memberikan keseimbangan terlebih dulu pada pencernaan kita.

* Elakkan makan berlebihan dan mengambil makanan yang masam.

* Berbuka puasa hendaklah dilakukan secara bertahap dan tidak terburu-buru supaya sistem pencernaan anda tidak terkejut.

* Banyakkan pengambilan sayur, buah, dan daging tanpa lemak.

* Selepas berbuka puasa jangan terus tidur. Tubuh memerlukan waktu untuk mencerna makanan.

Tue la sedikit sebanyak yang CP sempat gali untuk info bersama. Walaupun dah lebih setengah bulan berpuasa, rase nyer tak terlambat lagi mempraktikan nyer untuk kesihatan bersama kan....

Friday, August 20, 2010

MAKANAN SEIMBANG DI BULAN PUASA

Diam tak diam, dah masuk hari ke-10 kita berpuasa. Begitu cepat masa berlalu kan... yelar CP pun Teramat sibuk dengan tugasan kerja serta kuliah... perghhh letih memang dah tak tergambar...

CP juga nak memohon maaf sebab dah lamer x mengupdate kan blog nie... kekanggan banyak sgt, faham-faham jer la...


Sebenarnyer CP nak kongsi sikit pasal makanan seimbang di bulan puasa.. bukan ape makanan seimbang dapat menghindarkan badan anda menjadi lemah..

So, nie ade a few tips ketika sahur dan berbuka puasa supaya tubuh kita tetap sihat dan segar selama sebulan.

Semasa sahur:

* Jangan lupa selalu makan makanan berkhasiat . Walaupun menu sederhana, yang penting mengandung lima unsur gizi lengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin, dan mineral.

* Banyakkan mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalamsayur dan buah. Tubuh kita memerlukan waktu lebih lama untuk mencernamakanan yang banyak mengandungi serat.

* Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyak minum air putih pada malam hari kerana kita memerlukan tenaga yang banyak pada waktu siang.

* Kurangkan makanan berlemak atau terlalu tinggi karbohidrat kerana ia akan membuatkan anda rasa mengantuk.


* Ambil lebih vitamin A, B, dan C tetapi jika anda sudah makan buah berwarna kuning atau merah, sayur berwarna hijau tua, kekacang, kurma maka anda tidak perlu khuatir kekurangan zat itu.

* Bagi penderita gastrik, makanan yang perlu dihindarkan ialah ketam,mi, daging berlemak, ikan dan daging yang diawetkan, sayuran mentah,sayuran berserat, minuman yang mengandungi soda dan perencah (cuka,lada, asam).

* Elakkan terus tidur selepas bersahur kerana tubuh memerlukan waktu untuk mencerna makanan.

Cukup rase nyer tips untuk sahur nie... nnti CP post untuk waktu berbuka pulak... TQ korang coz sudi membaca...

Friday, August 13, 2010

Bul4n R4m4dh4n....

Bulan Ramadhan telah kembali... So belum terlambat lagi rase nyer untuk CP ucapkan Selamat Berpuasa pada semua bloggers... pejam celik pejam, hari nie dah masuk hari ke-3 kita berpuasa, begitu pantas masa berdetik kan... tau tau nanti dah nak raya... huhuhu..

Sempena bulan Ramadhan CP nak hingatkan  beberapa perkara penting:

1. Jgn lupa pergi terawih,
2. Tadarrus kalu sempat,
3. Jgn ler boros, nampak semua makanan nak beli,
4. Shopping barang raya tue, kira budget... paling tak pun tgk dulu beg duit tue ekk...
5. Sediakan duit raya untuk yang bujang2 lagi tue... hehehe..
6. dan paling penting JGN LUPA PUASA... kalu tak bukan namanya bulan Ramadhan...

Bersama ler kita beringat dan memperingati satu sama lain ok... agar Ramadhan nie akan bertambah mulia dan berseri2 lagi.... RENUNG2 kan dan SELAMAT BERAMAL... daaaaa

My OwN B4ckgrOUnd t3mPl4t3

Hi semua bloggers... akhirnye CP kembali on-9 hari nie setelah lamer bercuti dari mengupdate my blog nie... bukan ape bz sikit dengan pelbagai hal... so hari nie CP menyempat diri membuka blog nie... dan CP sempat la jugak tukar background blog CP ngan background yang CP buat sendiri (tanpa bantuan professional OK)... perghhh macm tak percaya jer, ada bakat terpendam rupanyer...hehehe....

Amacam, boleh tahan kan... percubaan CP yang pertama nie.... baru disiapkan dalam tempoh satu jam (kira panas dari oven CP).... CP cuma gunakan powerpoint jer, basic program, so inilah hasil nyer... terlalu simple kan, xpe ler mungkin boleh diperbaiki n di upgrade lagi nnti... tak salah mencuba kan... so tunggu ajer ler kemunculan creativity2 yang lain.... any pandangan or komen CP alu2kan.... kutukan pun CP terima (tapi masuk kiri keluar kanan la ek)...

daaaa.......

Wednesday, August 4, 2010

Sharing the Joy...

Sebut je Cadbury, semua org pasti dah terbayang kelazatan coklat nyer... pasti semua orang terbayang iklan nyer dimana terdapat scene secawan susu di curahkan ke dalam limpahan coklat.... perghh itu saje dah membuat penonton terliur kan...huhuhuhu....

Iklan terbaru Cadbury kat Tv, mempamerkan aksi 2 org budak bermain kening mengikut rentak lagu... rase kelakar, kagum pun ader.. yang penting kalah Ziana Zain dgn bebudak nie...

CP sendiri tak dinafikan antara pengemar coklat Cadbury nie... Boleh dikatakan stok sentiasa ada dalam fridge tue, tak pernah terputus bekalan...hehehe... (cuma skrg CP kurangkan pengambilan coz nak jaga badan)...

Recently Cadbury telah melancarkan satu game terbaru kepada pengemar coklat Cadbury... kira penghargaan la gamaknyer... so sesaper yang nak lebih info klik link yang CP sertakan kat bawah nie... JOM ENJOY !!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails