B4R3N4KED PU7RA http://ccputra.blogspot.com

Jangan Lupa Tolong Klik Sini

Wednesday, July 28, 2010

HaiR cuT Day !!!!

Tepat jer 12.45tgh hari, CP terus blah dari opis menuju ke MJ....begitu bersemangat sekali CP hari nie...dengan langkah yang cukup laju and macho, kaki CP melangkah keluar opis...hahaha (awal CP keluar, kalu bos tahu, masak CP)....=P


Mootip CP ? Gunting rambut... sempena hari Rabu...hehehe... xdela, CP rimas sebenarnyer dengan rambut CP yang dah panjang... ermm panjang sangat ker, tak agknyer...

so CP pergi ler jumpa hairstylist CP (Mss. ChilLe) kat MJ... nampak jer CP kat pintu gerbang saloon, dia dah senyum dan terus greet CP... first Question die tanyer "Lamer x nampak u? " ... maner tak nyer dah lebih 3 bulan aku tak gunting rambut ngan dia... aku senyum then tanyer balik "u still remember me meyy..." die cakap "sure la, ur my best customer maa.." terus CP bantai gelak...

Basuh rambut, then gunting, then basuh balik... semua dia yang buat (hai kan best customer) hehehe... yang penting siap wax lagi... dan pricing memang dapat diskaun... brape ? biar CP sajer yang tahu coz CP dapat special discount....

JOM tgk rambut CP.... amacam, bertambah cute tak ? kahkahkah... jangan marah ekkkk

Tuesday, July 27, 2010

Perbezaan antara lelaki hensem ngan lelaki tak hensem di mata pompuan...

Kalau lelaki handsome pendiam Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...

hensem ker nie...
kalau lelaki tak handsome pendiam Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat Perempuan akan kata: nobody's perfect
...kalau lelaki tak handsome berbuat jahat perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
...kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik perempuan akan kata: sepadan sangat...
...kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!
kalau lelaki handsome ditinggal kekasih perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
...kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

Antara kegilaan masa kini...
kalau lelaki handsome penyayang binatang perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
...kalau lelaki tak handsome penyayang binatang perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
...kalau lelaki tak handsome bawa BMW perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...
kalau lelaki handsome tak mau bergambar perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
...kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
...kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

kalau lelaki handsome bersedih hati perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
...kalau lelaki tak handsome bersedih hati perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

Road 2 Penang 3…

Seperti yang CP janjikan sebelum nie, CP nak story morry serba sikit pasal time dalam flight dari KL ke Penang plak….

Naik jer flight Stewardess yang cantik molek akan greet penumpang kat pintu…. Perghhh!!! terpesona CP dibuat nyer…. So CP terus pasang niat nak cuba snap picture diorang nie nnti dalam flight…. Boleh ler dibuat tatapan kengkawan CP nnti… saje nak bikin hati kengkawan CP panas…hahaha….

Macam biasa sebelum flight berlepas, penumpang di minta mematikan semua alat elektronik… CP ikut ajer tapi kamera CP simpan baek punyer, yelar ade misi yang nak dijalankan… akhirnye time demo langkah keselamatan dibuat, CP dengan pantas dan cepat snap picture nie… kira tawakkal jer, harap picture nie cantik and clear…sebab CP cuma ade 1 peluang jer (takut kantoi nanti…hehehe)…. And the result boleh la tahan….

Picture nie plak mase dalam flight… time nie stewardess tengah membuat sale makanan dalam flight… mahal giler harga nyer, nasib CP punyer flight package dah siap dengan meal… CP dapat nasi ayam, rase dia boleh lar (kira dalam kiraan 5 CP bagi 3 lar)… tapi lapar punyer pasal CP melantak la jugak… hehehe…. picture nie pun CP curik-curik snap jugak…

KALAULAH HAIWAN ADA FACEBOOK.. Part 2

Seperti yang CP janjikan semalam, inie lar sambungan bahagian 2 Kalaulah Haiwan ada Facebook... huhu korang enjoy ler ek... Jom tengok.!!!!

Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles

Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Tikus: Aku makan mee goreng kat kedai mamak tadi. Meh la join sekali.

Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong; Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

itik serati : hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2. ...nk tiru aku le tu..

Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.

Ikan parang; Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok

Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(

Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah

Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.

memang tahap senak perut kalu betul betul dihayati.... nasib ler haiwan haiwan nie tak boleh berFB kan.... kalu tak haru biru jadi nyer....

p/s: itu ler penangan Facebook...semua orang nak share every little thing's that happened in their life... termasuk ler diri CP nie...kihkihkih...

Monday, July 26, 2010

FITRAH SEORANG WANITA & LELAKI....

FiTraH WaNita

Bila wanita itu diam,
Beribu perkara bermain di fikirannya..

Bila wanita itu tidak melawan,
Dia sedang berfikir dengan dalam..

Bila wanita itu melihat dengan renungan yang penuh persoalan,
Dia sedang bertanya berapa lama kamu akan berada di sampingnya..

Bila wanita menjawab "saya ok" selepas beberapa ketika,
Dia tidak ok sepenuhya..

Bila wanita merenung tajam pada kamu,
Dia tak sangka kamu menipunya..

Bila wanita baring di dada kamu,
Dia berharap kamu miliknya..

Bila wanita menelefon kamu setiap hari,
Dia mengharapkan perhatian kamu..

Bila wanita sms kamu setiap hari,
Dia mengharapkan balasan walaupun sekali..

Bila wanita berkata 'I love u',
Dia betul2 maksudkan nya..

Bila wanita berkata dia tak boleh hidup tanpa kamu,
Dia telah menetapkan hati bahawa kamu masa depannya..

Bila wanita berkata 'I miss u',
Tak ada sape yg lagi rindu kamu selain dia..

FiTraH LelaKi

Bila lelaki itu diam,
Tiada apa yang nak dikatakan..

Bila lelaki itu tidak melawan,
Dia tiada mood utk melawan..

Bila lelaki itu melihat dengan renungan yang penuh persoalan,
Dia betul2 konfius..

Bila lelaki menjawab "saya ok" selepas beberapa ketika,
Dia sebenarnya ok..

Bila lelaki merenung tajam pada kamu,
Dia betul2 marah..

Bila lelaki baring di kaki kamu,
Dia berharap kamu miliknya..

Bila lelaki menelefon kamu setiap hari,
Dia menghabiskan harinya mengharapkan perhatian kamu..

Bila lelaki sms kamu setiap hari,
Dia sedang forward sms yg dia dpt..

Bila lelaki berkata 'I love u',
Itu bukan kali pertama dia ucapkannya..

Bila lelaki berkata dia tak boleh hidup tanpa kamu,
Dia akan cuba bersama kamu sekurang-kurangnya seminggu..

Bila lelaki berkata 'I miss u',
Dia sedang ingatkan kamu selepas selesai urusan dengan kawan2nya..

p/s: CP tak rase semua orang mcm ni kn? so, jangan la terlalu ambik serius sangat.. so just enjoy ur friendship =)

KALAULAH HAIWAN ADA FACEBOOK.. Part 1

Laman Muka Facebook
Korang ada facebook tak? Pernah tak korang bagi komen kat wall facebook tu? Mesti pernahkan (selalu sangat), so cuba kali nie korang andaikan haiwan haiwan plak bleh berFB... Jom tgk aper komen komen haiwan nie if depa ni ada facebook. hihihi...


Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi... kenyang burp, Alhamdulillah. ..

Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh! ...

Cicak : isteriku tersepit pintu

Kucing Betina: "Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa."

Ayam : Kawan2...kalu esok guwe tak update...bererti guwe udah di goreng....I luv u all... jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?

katak : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.

Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

Kahkahkahkahkah...
lawak tak, nie baru separuh bahagian jer, separuh lagi nanti sok lusa CP publish.....nantikan sambunganyer.....enjoy.!!!!

Sunday, July 25, 2010

Road 2 Penang 2….

Sebelum nie CP ade criter sikit pasal flight CP ke Penang kan.... So sekarang CP nak criter pasal time flight dari KL ke Penang…. Flight CP pukul 9.35am di LCCT (kali terakhir CP naik flight kat LCCT nie Jun 2008 penerbangan ke Kuching dengan awek CP, lamer jugak tue kan)…

Dari rumah CP dah xcited nak ambik gambar plane AirAsia tue….CP ingat nak posing maut depan plane tue, tapi CP terbaca signboard masa berjalan ke plane “Tidak dibenarkan mengambil gambar berdekatan kapal terbang”…. Hancur harapan CP… tapi ader CP kesah… CP snap snap juga secara illegal 2 – 3 picture…

On the way nak naik flight tue, CP sempat snap picture stewardess nie… Dia jaga pintu nak ke Singapore (pintu CP ke Penang sebelah kiri)… CP snap picture nie tanpa pengetahuan dia… kira boleh di kategori macam skodeng ler…hehehe


Sekali lagi CP buat aksi berani mati dengan mengambil gambar nie…rase rase nyer opismate CP pun tak perasan CP snap picture nie… Walau pun plan CP nak bergambar dengan posing maut depan kapal terbang tak tercapai, CP akan cuba snap jugak kapal terbang tue… time tue cuak jugak takut kena tangkap langsung kena banned dengan AirAsia… tapi terbukti CP berjaya…hore!!!!!!!!!

Okay ler, lepas nie CP buat entry pasal dalam flight plak….tunggu ek!!!!!.....daaaa…

Saturday, July 24, 2010

Idea Yang Nampak Pelik….

Semalam CP terima e-mail dari x-opismate… tergelak CP biler bukak attachment yang dikirimkan sekali… Kawan CP quote kan “Kalu lah toilet kat Malaysia di buat macam nie, apa pandangan anda secara jujurnye?”….. CP rase terkelu tak tahu nak fikir and komen aper…..


So inie lah gambar nyer untuk tatapan semua… pelik idea nie, lucah pun ader…. Gambar perempuan ditampal didepan tempat urinal tue…yang buat CP terkelu reaksi berbeza yang digunakan… ader yang terkejut, menjeling, pegang kamera pun ader…yang paling tak tertahan gambar lady pegang pita pengukur tue, memang tahap kelucahan yang melampau sangat….

CP pun tak tahu nak cakap aper kalu toilet kat Malaysia nie buat macam nie… fikir fikir kan lah…. =P

P/s: ermm bayangkan inie idea untuk toilet lelaki, kalu ladies nyer toilet nak pakai gambar ape pulak… urghhh tak senonoh nyer….

Road 2 Penang….

12 Julai lepas CP and opis-mate outstation ke Penang…huhu xcited jugak ler CP, ye lar akhirnya CP kembali menjejakkan kaki ke sana kembali…coz dah banyak kali CP try buat planning nak pergi sana tapi selalu x jadi atas sebab tertentu (paling utama budget)…hehhehe..…bukan aper, yang buat xcited sebab CP dah lamer tak pergi sana, last pergi (nanti jap CP nak kena kira dengan jari jemari kejap)…..ermmm rase rase nyer last CP pergi Penang masa umur CP 11 or 12 tahun…dah lamer giler kan…


Flight CP pukul 9.30 pagi….oppsss flight….. YUP!!!! CP naik flight ke Penang, huhuhu….tapi Air Asia jer la…ape nak buat dah itu yang kompeni bagi…dari naik kereta lagi kematu punggung CP duduk dalam kreta….yo lar hampir 3 jam tue baru sampai Penang dari KL….pergh memikirkan nyer pun dah buat CP letih….

Flight cuma memakan masa 50 minit…so compare la sendiri ek yang mana satu berbaloi baloi….harga pun boleh tahan, cuma RM147.00 sahaja (termasuk price booking seat and set makan)…. Huhu korang calculate ler sendiri dengan jumlah masa yang dapat dijimatkan dan keletihan yang dihadapi dengan kenikmatan inie…

Ok la, CP blah dulu…entry berikut nyer nanti CP akan criter detail lagi…so tunggu……….

Thursday, July 22, 2010

MTV World Stage 2010 - Part 2-

huhu sajer je CP buat entry berasingan, biar tambah banyak entry nampak penuh and active sikit blog CP nie...boleh ler korang membuang lebih masa kat blog CP nie, sambil tue korang patut klik mane mane yang patut....bunyi macam memaksa je kan...HAHAHAHAHA..... (sambil buat lagak macam Sin Chan tue)

BUNKFACE
melalut pulak CP nie kan..entah aper aper jer la....
berbalik pada MTV world stage 2010....ia membariskan artis artis yang tak kurang hebatnyer....
kalu tak silap CP opening act akan di buat oleh our local band...tak lain tak bukan BUNKFACE....

Then baru persembahan yang lebih mengemparkan oleh artis luar negara yang di bawa khas oleh MTV Asia....
KATY PERRY bintang pop dari US...
KATY PERRY




TOKIO HOTEL
TOKIO HOTEL band dari Germany.... (yang tengah populers dengan lagu dunia belakang dindingku -World Behind My Wall- ;p




and WONDER GIRLS dari Korea....I want nobody nobody but you .....(korang check widoe clip kat entry CP ek)


WONDER GIRLS


So sesape yang teringin nak pergi tue, masih belum terlambat lagi untuk mengejar saki baki tiket yang tercicir tue....cepat sebelum tertinggal kapal nnti.... then nnti kirim kirim ler gambar kat CP ek, and kalu boleh dapatkan autograph depa pun xpe, at least boleh CP buat kenangan.......waaaaaaa.....

MTV World Stage 2010.

MTV World Stage 2010 telah kembali.... sekali lagi ia dibawa oleh MTV Asia untuk peminat peminat mereka di rantau asia terutama Malaysia!!!!!!!...


bertempat di Sunway Lagoon Surf Beach pada 31 Julai inie, pukul 6 petang...... huhuhu...bagi yang tak tau jalan tue tgk map kat bawah nie...



Kawan CP ajak pergi, tapi CP tak dapat nak ikut coz malam tue la jugak keluarga CP merancang buat kenduri tahlil untuk arwah abah....tak pe la, next concert mungkin boleh...

barisan artis yang terlibat pun boleh tahan....memang kira antara listing faveret CP la....
tunggu entry part 2 nnti untuk maklumat lanjut....
hehehee...jgn mareee...

BANCI !!!!!!!

Banci Negara 2010....
Sudahkah anda di banci....

Alhamdulillah CP dah tersenarai dalam list yang dibanci... sekurang kurangnyer tersumbang la data bancian CP untuk perancangan masa depan negara nnti kan....

Tapi yang paling best adalah pegawai membuat banci tue...
CUNN woooo....ayu dan penuh sopan orang nyer...
yang penting muda and still available....

time banci nie rase rasenyer CP lagi banyak tanyer soalan ke dia.... dekat 1/2 jam la juga dia duk melayan CP ngan soalan soalan mengarut CP... tapi dia still layan, tue yang buat CP lagi syok nak tanyer... dia tanyer 1 soalan CP balas ngan 2-3 soalan....hahaha....mak kat dalam tengok jeling semacam jer.... bagi CP takpe la btw bukan buat benda tak elok, lagi pun tempat tue terang (bawah lampu jer) kihkihkih....

Tapi CP tak sempat nak tanyer no phone dia sbb kwn dia dtg...yelar dia rase pelik agaknyer sebab lamer sangat kawan dia tak keluar agaknyer....

p/s: korang mesti pelik kan, diorg dtg banci time malam ke... the answer YES...diorang datang berempat...sorang ambik satu rumah and so onn... bukan aper area CP nie semua orang kerja so nak buat banci kena ler tunggu orang dah balik kan....
kan bagus kalu dpt no phone dia, boleh ajak kuar makan nnti...sajer to apreciate susah payah dia...hehehe =P

Thursday, July 15, 2010

[MV] Wonder Girl-Nobody

I want nobody nobody but you...

I want nobody nobody but you....

JUST A SONG THAT I LIKE....

AND HOPE YOU ALL LIKE IT TO.....

p/s: Buat ayang... B didicated this song for you...

Sunday, July 11, 2010

ArwAh AbaH...

Al-fatihah......

Diam tak diam dah lima tahun Arwah abah CP telah kembali ke Rahmatullah... sekejap saje masa berlalu...dan begitu juga lah
juga perjalanan hidup CP sekeluarga tanpa abah...

banyak kenangan kami dengan arwah abah...tangok wresling sesama...sampai gaduh gaduh....memang kenangan yang dapat dilupakan...

tapi masa berlalu dan hidup CP and family kena teruskan....CP and the whole family akan terus mendoakan kesejahteraan arwah abah di dunia satu lagi.... Insyallah hujung bulan nie CP sekeluarga akan buat majlis tahlil untuk arwah abah.....

Al-fatihah sekali lagi buat beliau....

HAPPY BELATED FATHER DAY.....

Dah terlambat rasenyer nak masukkan entry nie...tapi apa nak buat CP tak sempat nak update blog CP kan....so biarlah lambat dari tak update kan....

So Happy Belated Father'S Day to all my Uncle...tapi time sambutan ini di buat cuma tinggal 4 bapa saje...kalu nak ikutkan time nie sepatutnya ada 10 bapa yang diraikan...tapi apa nak buat masing2 ade hal and komitmen lain....tinggal ler Paksu, Pakteh, Bapak Ali and Abg Izam ku ini....
takpe ler janji tercapai la hasrat kaum2 ibu2 keluarga ku menyambut hari bapa tahun nie.... tahun depan planning nak buat gempak katanye...nak sambut hari bapa dengan pergi holiday the whole family... fuhh tinggi cita2 pakcik2 ku ini...xpe, CP ikut jer janji diorg sponsor.....

Tunggu dan lihat tahun depan tercapai tak tercapai planning nie....TUNGGUUUU........






DeMaM FaceBook Aunty2kU....

FabeBook!!!!!....
CP rase every body amat familiar ngan laman sosial nie kan...
begitu hebat penanagan FB nie...
sekelip mata sahaja ia nya menjadi trend terkini di Malaysia...
kira siapa xde FB account macam dah tertinggal era ler...
macam duduk kat zaman batu.....

Begitu juga la Aunty2 kesayangan ku ini...
walaupun semua bergelar Suri Rumah full-time...
itu tak membantutkan usaha serta keaktifan mereka dalam dunia IT nie....




tengok ler betapa meriah dan happy mereka berFB... Memang celik IT betul Aunty2 nie kan... kahkahkah... jgn marah ek....
Cuma CP harap, jangan ler terlupa plak nanti urusan rumahtangga ek...nanti marah plak uncle2 CP... tapi CP yakin aunty2 CP nie semua memang serba boleh... Malaysia Boleh ler katakan....
p/s: tapi rase2nyer semua ahli keluarga kami nie semua saling add each other....siap boleh gurau2 lagi kat FB nie...kata org dah xde rahsia lagi....semua depa tahu....kihkih...

ICT Park...Gemilau Cahaya....

CP nak kongsi sikit gambar menarik sekitar ICT Park...
untuk tatapan Bloggers-bloggers semua....
saje nak kasi jeles kat semua...
supaya bloggers yang maner belum pernah menjejakkan kaki ke sini...
cepat-cepat ler membuat perancangan ke ICT Park niee...

ermmm CP cadangkan malam nie sebab Hot FM deejay (Fafau, AG dan FBI) akan turun sempena final FIFA kat ICT Park...
diorang turun dalam pukul 1.30a.m...sebelum final match bermula...
then tengok match bersama pengunjung ICT kat skrin besar yang disediakan...


So enjoy guys......




RomBonGaN My GraMma Ke ICT...

Selalu sangat aku dengar pasal ICT nie...
nama jer duduk dekat ngan area ICT tapi haram susah nak sampai sana...
pernah la time awal-awal kemunculan ICT Park nie..
time tue tak banyak lagi pokok-pokok lampu nie...



akhirnya disebabkan Nenek kesayangan...
CP turun ke ICT Park walau pun time tue tengah DEMAM...
kami lepak situ dari pukul 11 malam sampai pukul 12.30 malam...
memang best, banyak rupanya penambahan yang telah dilakukan...
kira memang berbaloi la kalu nak melawat sini...
nak suka suka, ambik gambar ngan family....


tapi lebih berbaloi biler nampak nenek CP tersenyum malam tue...
pergh rase macam orang jadi Jutawan Baru....kihkihkih

Senyuman yang penuh makna...puas hati kami sebagai cucu-cucu nyer...

sebab mampu membuat Nenek kami bahagia....

Akhirnya....my latest....

Akhirnya kini pasti, kumerasai....
uppps tersilap mode plak...hehe

Sorry guy's, lambat plak update blok nie...
bukan ape jadual CP pack sgt minggu nie..
dari jam 8 until 5 sibuk dengan kerja...
pukul 6 sampai 10 pulak kena attend kelas...
balik rumah dah penat...
rest then tido...

Pack kan jadual CP nie...
sebab tue nak bukak blog pun tak sempat..
so secara mutlak mane ade chance nak update blog kan...

tapi xpe, hari nie CP akan update Blog nie secara marathon...
aper hingat drama kat TV jer ke bleh buat marathon nie...
CP pun bleh gak....kuikuikui....
Aper yang penting kiter Enjoyyy...
~~(^_')~~~winkk~~

Tuesday, July 6, 2010

I'M BACK ONLINE!!!!!!!!!!!!!

I'm back, I'm back, I'm back....

hahahaha....

lamer rasenyer aku tak update blog aku nie..

rindu betul aku nak berblogging nie... hehehe


bukan ape sejak akhir-akhir nie aku buzy sikit dengan bermacam macam hal...

opppss bukan kawin ekkk..

I'm still single but not so available....hehehe

[syg if u read this post please don't be angry kay]


hari nie hari kedua aku mula kuliah... letih memang dah teraser...

habis kerja berkejar pulak ke kelas....perghhh memang memenatkan....

tapi I will get used to it nanti....


Banyak aku nak update kat sini...

trip aku pergi Terengganu and Melaka...

sambutan hari Bapa-bapa family aku...[pakcik-pakcik aku]...

cerita pasal fanatik and lunatik berFB yang melanda makcik-makcik ku...

trip ke ICT Shah Alam ngan my gramma...

huhu tak sabar rasenyer nak berkongsi cerita ngan you all's...

nantikan ajer entry aku dalam dua tiga hari nie...

that's my promise....


So for a glimpe ape yang bakal aku sampai kan korang tatap picture kat bawah nie...

the detail will menyusul afterward.....

daaaaaaaaaa.... =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails