B4R3N4KED PU7RA http://ccputra.blogspot.com

Jangan Lupa Tolong Klik Sini

Tuesday, September 21, 2010

SHUKRAN YAYASAN BUDIMAS

Petang semalam dalam duk relax kat rumah sebab MC, CP menyempatkan diri mengeledah inbox e-mail personel CP.. Al-maklum ler dah agak lamer rase nyer CP tidak membuka e-mail CP nie (padahal baru 3 minggu jer) … mak-ai sekali penuh da inbox CP, ada 47 inbox baru, huhuhu banyak giler (jenuh gak CP nak bukak satu persatu)

kebanyakkan inbox yang CP terima adalah Ucapan Raya dari kenalan rapat CP… tapi ada satu kad yang membuat CP tertarik dan menarik iaitu kad ucapan raya dari Yayasan Kebajikan BUDIMAS.. simple jer design kad nyer tapi apa yang paling bermakna adalah senyuman ikhlas bebudak tue, jelas memancar kan kegembiraan mereka…


CP terkelu sebentar bile mengenangkan bebudak nie… beraya tanpa ibu dan ayah di sisi mereka… bertuah rasenye CP sebab dapat membesar penuh dengan belaian abah dan mama CP.. walau hidup kami tak mewah tapi kami bahagia…

Atas sebab itu, CP tak pernah lupa akan terus membantu mereka… setiap bulan CP akan membuat derma kebajikan mereka melalui potongan dari akaun peribadi CP… walau jumlah nyer tak besar tapi CP harap ia sedikit sebanyak dapat membantu bebudak nie untuk hidup lebih sempurna… diam tak diam dah hampir 4 tahun CP membuat demikian… harapan CP agar mereka dapat membesar dan mampu menyumbang dalam membangun kan negara di masa hadapan…

Okie ler, dah melalut jauh pulak CP nie… kepada blogger’s lain yang berminat hendak menghulurkan bantuan kepada mereka, bagi tau kat CP biar CP tolong aturkan… lagi pun sedekah itu kan satu amal jariah… kita memberi setakat termampu kita tanpa mengharap balasan pun…

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails