B4R3N4KED PU7RA http://ccputra.blogspot.com

Jangan Lupa Tolong Klik Sini

Friday, September 3, 2010

Merdeka...

MERDEKA !! MERDEKA !! MERDEKA !!
Masih belum terlambat lagi rase nyer CP nak wish Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kat you oll's kan... (selalu sangat CP nie tertinggal ket belakang kan, orang lain dh naik roket CP still naik sampan, still kena  mendayung sebab tue slow sangat... jgn mareh ekk.. ) 

Biler sebut jer bulan Ogos, Hari Merdeka pun akan menjelma di benak fikiran semua orang ket Malaysia nie... Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan detik bersejarah dimana hari Tanah Melayu bebas dari kolonial British (perghh sekejap jer dah 53 tahun kita bebas secara dokumen dari penjajah kan) ... dan tanggal 16 September pula bakal menjelma menandakan hari penyatuan Tanah Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak, atau lebih foffuler dengan Hari Malaysia...

Tapi sebenarnyer CP masih was-was, benarkah kita sudah bebas dari penjajahan... ermm interesting dan hot topik, sukar untuk di rungkai sebenarnyer... pada pandangan mata CP yang kabur nie, CP rase kita still di jajah dengan secara halus (secara tak sedar) ... yelar tengok jer product mereka, bersepah kat luar sane... dan kita still bangga dan mengagungkan barangan mereka (termasuk ler CP) .... 

Tengok jer cara anak-anak muda pun menyambut hari kemerdekaan yang lepas, langsung tidak melambangkan ciri-ciri kemelayuan... hilang keadaban dan kesopanan sebagai anak melayu... adakah ini belia yang bakal memimpin negara di masa hadapan.... mungkin biler dah bertambah dewasa mereka akan berubah nanti, sama-sama ler kita berdoa ekk...

SELAMAT HARI MERDEKA semua...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails