Diam tak diam, dah masuk hari ke-10 kita berpuasa. Begitu cepat masa berlalu kan... yelar CP pun Teramat sibuk dengan tugasan kerja serta kuliah... perghhh letih memang dah tak tergambar...
CP juga nak memohon maaf sebab dah lamer x mengupdate kan blog nie... kekanggan banyak sgt, faham-faham jer la...
Sebenarnyer CP nak kongsi sikit pasal makanan seimbang di bulan puasa.. bukan ape makanan seimbang dapat menghindarkan badan anda menjadi lemah..
So, nie ade a few tips ketika sahur dan berbuka puasa supaya tubuh kita tetap sihat dan segar selama sebulan.
Semasa sahur:
* Jangan lupa selalu makan makanan berkhasiat . Walaupun menu sederhana, yang penting mengandung lima unsur gizi lengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin, dan mineral.
* Banyakkan mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalamsayur dan buah. Tubuh kita memerlukan waktu lebih lama untuk mencernamakanan yang banyak mengandungi serat.
* Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyak minum air putih pada malam hari kerana kita memerlukan tenaga yang banyak pada waktu siang.
* Kurangkan makanan berlemak atau terlalu tinggi karbohidrat kerana ia akan membuatkan anda rasa mengantuk.
* Ambil lebih vitamin A, B, dan C tetapi jika anda sudah makan buah berwarna kuning atau merah, sayur berwarna hijau tua, kekacang, kurma maka anda tidak perlu khuatir kekurangan zat itu.
* Bagi penderita gastrik, makanan yang perlu dihindarkan ialah ketam,mi, daging berlemak, ikan dan daging yang diawetkan, sayuran mentah,sayuran berserat, minuman yang mengandungi soda dan perencah (cuka,lada, asam).
* Elakkan terus tidur selepas bersahur kerana tubuh memerlukan waktu untuk mencerna makanan.
Cukup rase nyer tips untuk sahur nie... nnti CP post untuk waktu berbuka pulak... TQ korang coz sudi membaca...
2 comments:
CP ikut aturan mkanan seimbang tu..hihihi
CP cuba ikut...result smlm CP timbang berat dah turun 1.5kg... huhu tue yg buat CP tambah semangat nak teruskan...
Post a Comment