B4R3N4KED PU7RA http://ccputra.blogspot.com

Jangan Lupa Tolong Klik Sini

Thursday, August 26, 2010

MAKANAN SEIMBANG DI BULAN PUASA (Waktu Berbuka)...

Sorry guy's agak lamer baru CP nak update blog nie... CP teramat bz minggu nie with kerja ngan kuliah (sekarang tgh byk test and assigment)... nak lawat blog kengkawan yang lain pun belum sempat lagi... anyway thanx for all blogger's yang sudi terjah blog CP nie, nanti CP akan balas balik kunjungan anda semua... TUNGGUUU !!!!!!

Sebelum nie CP dah story-mori pasal pemakanan seimbang time bersahur, so sekarang seperti yang dijanjikan CP nak story plak pasal pemakanan semasa berbuka pulak.. nak kata CP terrer sangat tue takdela tapi CP cuma nak berkongsi info dengan bloggers lain semua...

Amalan pemakanan ketika berbuka:


* Elakkan minum air sejuk atau ais tetapi minumlah air panas atau suam bagi mengelakkan perut anda kembung terutama pesakit gastrik.

* Makan makanan manis dan berserat seperti kurma, sumber terbaik untuk menambah tenaga dan kemudian beristirehat kira-kira setengah jam sebelum mengambil hidangan berbuka untuk memberikan keseimbangan terlebih dulu pada pencernaan kita.

* Elakkan makan berlebihan dan mengambil makanan yang masam.

* Berbuka puasa hendaklah dilakukan secara bertahap dan tidak terburu-buru supaya sistem pencernaan anda tidak terkejut.

* Banyakkan pengambilan sayur, buah, dan daging tanpa lemak.

* Selepas berbuka puasa jangan terus tidur. Tubuh memerlukan waktu untuk mencerna makanan.

Tue la sedikit sebanyak yang CP sempat gali untuk info bersama. Walaupun dah lebih setengah bulan berpuasa, rase nyer tak terlambat lagi mempraktikan nyer untuk kesihatan bersama kan....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails